Sedang berada di Parlimen sejak pagi tadi:
1. Apabila ada MP bangun untuk minta laluan kerana ingin membangkitkan standing orders, Speaker kata “masa untuk standing orders dah selesai”. I was speechless.
Sejak bila pula ada time frame untuk bangkitkan standing orders ni? Pelik.
2. Saya telah bangkit isu perlunya kepatuhan Artikel 150 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan wajib bentang, bahas dan undi untuk “pass resolution” batalkan Ordinan Darurat.
Tup-tup YB Menteri Undang-Undang kata Ordinan Darurat dibatalkan berkuatkuasa ke belakang 21 Julai lalu.
Isunya:
a. Jika sudah dibatalkan sejak 21/7/2021, awat baru ni habaq dibatalkan?
b. Kenapa masa tolak usul DSAI dan YB Beruas, Speaker tak kata usul untuk bahas Ordinan Darurat itu adalah sia-sia kerana Ordinan telah dibatalkan?
c. Dalam Artikel 150 (2B) , Perlembagaan Persekutuan (PP), kuasa untuk gubal Ordinan diberikan kepada YDPA. Bukankan kuasa pembatalan ordinan di bawah Artikel 150 (3) PP, logiknya sepatutnya kuasa itu dimiliki oleh YDPA juga?
c. Adakah Gomen Tebuk Atap ini sedar kerajaan ini berpotensi terdedah kepada risiko yang tinggi apabila secara tiba-tiba dedah hari ini Ordinan dibatalkan dan dibackdated?
Misalnya, kerajaan mungkin berpotensi disaman dan menimbulkan “uncertainty” dan tanda tanya ke atas pelabur dan para bakal pelabur? Uncertainty is not good for investment.
d. Adakah pengumuman Ordinan Darurat ditamatkan secara tiba-tiba hari ini boleh menyelamatkan Gomen Tebuk Atap dari tuduhan bahawa penarikbalikan ini untuk mengelak perbahasan dan undian ke atas ordinan itu?