AMANAH sambut baik isytihar darurat di Sarawak

Oleh NASUHA RAHMAN

Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak menyambut baik pengisytiharaan darurat di seluruh negeri ini seperti yang diisytiharkan oleh Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong bermula 2 ogos 2021 sehingga 2 Februari 2022.

Menurut Timbalan AMANAH Sarawak, Hud Andri Zulkarnaen, Yang di-Pertuan Agong telah bertitah dalam proklamasi darurat bahawa Baginda mengambil berat segala yang sedang berlaku menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19).

Justeru, katanya AMANAH Sarawak sangat bersetuju supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ditangguhkan kerana nyawa, keselamatan dan ekonomi rakyat adalah lebih utama dari segalanya.

“Dengan ini, AMANAH Sarawak menekankan kepada Kerajaan Negeri Sarawak agar terus dapat memastikan dalam tempoh darurat ini, program vaksinisasi dan kebajikan rakyat terus terpelihara dan berjalan lancar.

“Dan janganlah ini menjadi alasan untuk Kerajaan Negeri Sarawak mengambil sikap sambil lewa kerana pilihan raya masih belum tiba,” tegas Hud Andri dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Sehubungan itu, jelas beliau lagi AMANAH Sarawak menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan sentiasa mempertahankan prinsip Rukun Negara