“Saya lebih sayangkan Umno dari jawatan saya”

Oleh NASUHA RAHMAN

Susulan peletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli sebentar tadi, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yakin dengan keputusannya itu.

“Saya yakin semuanya perancangan Allah. Sebagai pemimpin dan ahli parti. Prinsip saya kekal dan keutamaan saya adalah parti.

“Saya lebih sayangkan Umno dari jawatan saya.

“Saya ingin tumpuan sepenuh masa untuk perkukuhkan Umno BN,” katanya ringkas di Facebooknya selepas surat peletakan jawatannya tersebar.

Ahli Parlimen Lenggong dari Umno itu meletakkan jawatannya selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

Selepas ini beliau akan memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar.