Sarawak tidak adakan persidangan Dun hibrid

Oleh KIM SYAZIE

Sarawak tidak akan mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh darurat yang bermula sejak 2 Ogos tahun ini hingga 2 Februari tahun hadapan.

Menurut Speaker Dun, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Sarawak juga tidak bercadang mengadakan persidangan Dun hibrid kerana ia hanya akan menyebabkan masalah teknikal.

Katanya, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, prosedur praktis dan peraturan Perintah Tetap, Ordinan Dewan Undangan Negeri 2007 (Hak Istimewa dan Kuasa) harus dipatuhi dan dipatuhi dengan ketat.

“Semua ucapan dan perdebatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wajib dibuat di Dun.

“Justeru, setiap pelanggaran peraturan dan prosedur ini akan mengakibatkan undi menjadi batal dan ucapan tidak akan diberikan Kekebalan Parlimen yang boleh mengakibatkan proses perdebatan sivil,” jelas beliau pada sidang media di Kuching, semalam.

Sehubungan itu, tegasnya lagi penggal Dun Sarawak berakhir yang sepatutnya berakhir pada 6 Jun 2021 tetap masih lagi berfungsi di bawah Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 15 (1)(b) di bawah Proklamasi Darurat sebelum ini.

“Dengan demikian, Pilihan Raya Umum ke-12 (PRN12) Sarawak hanya boleh diadakan 60 hari selepas Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) Sarawak dibatalkan,” ujar Asfia.