Niccolo Machiavelli masyhur kerana nasihat politiknya secara terbuka dalam The Prince menyatakan bahawa:
“Seorang penguasa dan pemerintah yang ingin tetap berkuasa dan memperkuatkan kuasanya haruslah menggunakan tipu muslihat, licik dan dusta, digabung dengan penggunaan kekejaman dan penggunaan kekuatan”. Machiavelli turut mempelopori falsafah yang tidak asing lagi bagi penguasa seperi Hitler atau Mussolini, matlamat menghalalkan cara (het doel heilight de middeled).
Ada tiga kata utama yang dipersembahkan oleh Machiavelli sebagai asas ‘fatwa’ politiknya kepada pemerintah atau penguasa yang ingin terus berkuasa:
Tipu muslihat (tricks), licik (Cunning) dan dusta (Lie). Ketiga-tida teras ‘fatwa’ yang dikemukakan dalam teori politik Machiavelli ini perlu digabungkan dengan penggunaan kekejaman dan kekuatan. Mungkin dalam lanskap politik Malaysia, hanya kekejaman sahaja mungkin belum digunakan dalam erti kata kekerasan atau penyiksaan fizikal terhadap musuh politik. Tipu muslihat, licik dan dusta boleh dikatakan menjadi asam garam bagi pengamal mazhab politik Machiavelli atau ala Machiavelli.
Rakyat harus sedar bagaimana tipu muslihat, kelicikan dan pendustaan digunakan hanya semata-mata untuk berkuasa dan mengekalkan kekuasaan. Bagaimana parlimen diberikan maklumat mengejut dengan helah begitu licik sekali demi satu hasrat untuk tidak menunaikan tanggung-jawab supaya semua maklumat mengenai proklomasi dan ordinan darurarat dibincangkan.
Bagaimana juga Jawatankuasa Khas yang turut dianggotai oleh beberapa ahli parlimen yang ditubuhkan bagi menasihati YDP akan perkara-perkara berkaitan darurat tidak diendahkan sebelum syor pembatalan darurat dipersembahkan kepada baginda. Bagaimana sebuah institusi demokrasi yang tertinggi dalam perlembagaan negara dikelirukan oleh mereka yang bertanggung-jawab semata-mata untuk menyelamatkan diri dari terpelanting gugur dari puncak kekuasaan.
Bagaimana pula dengan angka cukup bilang untuk terus berkuasa? Adakah angka yang berikan kepada YDPA adalah merupakan ‘angka dusta’ semata-mata supaya kekal berkuasa? Ini semua amalan ilmu politik Machiavelli
Politik menggunakan kekuatan; Machiavelly menganjurkan penggunaan kekuatan ketenteraan, penjara dan penyiksaan untuk berkuasa.
Musuh-musuh politik dan pemberontak hendaklah dihapuskan dengan pelbagai cara. Ada yang ghaib tanpa kuburan, terpeenjara dan mengalami penyiksaan ketika diminta untuk menyatakan pendirian politik atau merubah sokongan politik. Kini kekuatan kewangan melalui ‘scheme of thing’ pula digunakan. Wang digunakan bagi menyogok mereka yang lemah akal budi dan rabun mata-hati.
Dengan kekuatan wang, harta-benda, kedudukan dan pangkat, penghijrahan kepada kumpulan ‘haram-jadah’ dipinta. Dengan Durian RM30 hanya perlu menyatakan percaya atau tidak percaya dalam pengundian parlimen. Alangkah baiknya juga RM30 juta itu diagihkan kepada 30 juta rakyat Malaysia. Dengan rakyat memiliki RM1 juta seorang, maka akan meringankan bebanan rakyat. Tidak perlu lagi pelbagai skim atau pelbagai bentuk moratarium dicipta untuk kononnya membantu rakyat tatkala pandemik!
Inilah Teori Machiavelli yang boleh dinukil dan dikuliahkan melalui kitab The Prince.
Maka, Machiavellianisma yang menjadi anutan ramai penguasa sekarang: menghalalkan segala cara (the ends justify the means), membuang moral dan akhlak dari politik, sehingga kekuasaan akan terus kekal! Bagi mereka politik adalah urusan akal dan fikiran manusia bukan urusan keilahian.
Semua telah dilakukan; langkah Sheraton, langkah COVID-19, pendustaan angka, kelicikan hingga mengelirukan institusi parlimen, penderhakaan, tipu muslihat (berapa ramaikah lagi menteri, MKT Umno dan ahli parlimen akan termakan muslihat ini), kekuatan kewangan (siapakah antara ahli parlimen blok pembangkang yang akan terpersona dan gelap mata dengan tawaran mahkota dunia iaitu sebutir durian berbutirkan intan-permata?).
Saksikanlah epiloq “The Prince II” yang belum lengkap ditulis lagi, namun percayalah di Luh Mahfuz ia telah tertulis sama ada negara akan terus ditadbir dengan diakhiri penuh dengan episod kegagalan atau kita rakyat Malaysia akan diselamatkan oleh pemimpin dan kepimpinan baharu yang berjiwa rakyat, bersih, membawa kemakmura serta kesejahteraan rakyat dan negara.
Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordan. Penulisan ini merupakan pandangan penulisan dan tidak menggambarkan pendirian akademi.