Selepas menunggu kehadiran anak sulung sejak 10 tahun, seorang jururawat yang juga ibu hamil meninggal dunia akibat Covid-19 semalam.
Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, jam 3.02 pagi.
Terdahulu, wanita itu terpaksa melahirkan zuriatnya dalam keadaan pramatang secara pembedahan, ketika kandungan berusia kandungan 26 minggu.
Beliau dijangkiti Covid-19 bagi kategori 5 dan dipercayai mendapat wabak itu daripada pesakitnya.
Bayi wanita itu ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang, lapor BH.