Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini disebut-sebut menjadi persaingan hebat bagi merebut jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Namun dalam suasana hari ini rakyat sudah tentu mahukan seorang Perdana Menteri yang bijak terutama dalam menangani pelbagai masalah yang dihadapi ketika pandemik ini.
“Sementara menantikan keputusan muktamad dari ke bawah duli Seri Paduka Baginda YDP Agong, kita minta kedua-dua calon kita ini naik ke pentas secara berhadapan untuk menggariskan kerangka pemikiran dan gagasan masing-masing jika naik menjadi PM ke-9,” tulis Anbakri Haron.
Katanya, rakyat boleh melihat apa idea dan gagasan kedua-dua calon tersebut yang akan dilakukan sama ada menangani masalah pandemik atau usaha dan plan strategik menagani masalah ekonomi.
“Kita boleh lihat, apa yang nak dilakukan dengan Covid -19? Apa bentuk rangka pelan pembangunan strategik segera untuk memulihkan ekonomi negara, dasar pengurangan kemiskinan, reformasi perundangan, aspek pendidikan.
“Pelan pemulihan perpaduan antara kaum, pembangunan moral dan sahsiah, pembangunan belia dan wanita, pembagunan OKU dan ibu tunggal, bahasa, seni dan budaya, infrastruktur dan kemudahan asas.
“Dasar luar, kaedah meningkatkan FDI dan pelaburan asing, pelan strategik industri pertahanan, sektor pertanian, pelancongan, mengurus pendatang asing dan PATI serta tenaga dan komunikasi,” ujar beliau.
Ini kononya kata beliau sebahagian dari “presidential decree” yang mohon disentuh oleh bakal Perdana Menteri ini.
“Mari! Kami nak dengar dan nak nilailah juga, sekali. Tempat boleh di mana-mana. Dibuat atas talian “live”. Masa 1 jam setiap seorang.
“Mohon dibuat “deliverance ” tanpa gentar. Apa salah, tiru macam USlah sesekali.
“Rakyat pun nak nilai juga, siapa di antara kedua mereka yang dikira lebih menonjol dan memiliki cukup merit.
“Tak manislah jika saya bertanya? Apa macam encik Ismail dan encik Anwar. Ada berani?” soal beliau.