Ismail Sabri sudah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Dipercayai umum bahawa kumpulan kleptokrat di belakangnya. Jadi, apa yang berlaku?
Sebagai Ketua Pembangkang, Anwar patut mendapat jumlah yang cukup dan meyakinkan untuk menggantikan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin yang begitu tidak popular. Akhirnya, beliau telah berundur secara sopan dan berhemah. Jadi, apa yang sebenarnya berlaku?
Saya telah menyenaraikan intipati kesilapan kepimpinan Anwar dalam satu artikel sebelum ini.
Dalam misi perjuangan parti negara dan khususnya partinya PKR, Anwar telah membuat sumbangan besar kepada politik di Malaysia.
Akan tetapi gaya kepimpinan beliau yang penuh dengan “flip-flop”, dan kesilapan tidak patut dibiarkan berterusan.
Sebagai seorang warganegara, saya ingin menyeru Anwar supaya berundur sebagai Ketua Pembangkang sebagaimana adat pemimpin seluruh dunia yang gagal dalam misi perjuangan.
Beliau telah gagal memberikan kepimpinan yang diperlukan sebagai PM alternatif dalam masa keadaan negara begitu rumit dan dilanda krisis.
Pakatan Harapan (PH) mungkin akan dipersalahkan sekiranya membenarkan Anwar terus kekal sebagai Ketua Pembangkang. Patutkah Anwar diberi satu peluang lagi? Cukuplah!
Kita bersyukur kepada beliau atas pengorbanan beliau sebelum ini dalam pembentukan Pakatan.
Walau bagaimanapun, perangainya berkemungkinan penuh dengan pelbagai bagasi yang begitu berkontroversi. Maka dipercayai kontoversinya melebihi kekuatannya sendiri.
Lagipun, PH sudah kesuntukan masa dalam mencari pengganti kepada Anwar jika ia berharap untuk mengalahkan barisan kleptokrat pada masa yang terdekat.
Sekiranya PKR jujur dalam misi perjuangan sebagai sebagai parti Reformasi ia harus mencari lebaran baru dalam era selepas Anwar.
Anwar dicadangkan mengambil peranan sebagai mentor dalam misi PH, dan bukannya mengikat PH sebagai ketua untuk memimpin sekali lagi dalam perjuangan memulihkan dan membina semula negara tercinta ini.
Marilah kita semua bangkit, berdoa dan bersatu hati untuk mencari penyelesaian baru untuk Malaysia.