Lebih baik fokus PRU15, tidak perlu bergaduh siapa jadi Pengerusi PH

Oleh ARIF ATAN

Siapa patut jadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH)? Ada dua nama disebut: Anwar – 35 YB dan Mahathir – 4 YB. Dari segi angka, jelas Anwar leading.

Pejuang bukan parti dalam PH. Pejuang bersama-sama PH dalam gabungan pembangkang. Jadi, tidak rasional mainkan topik Pengerusi PH, kecuali buat gabungan baharu.

Tidak perlu bergaduh siapa jadi Pengerusi. Lebih baik fokus pada PRU15, kecuali bubar PH atau ada gabungan baharu merangkumi Sabah dan Sarawak.

Tumpukan agihan kerusi sama rata bandar dan luar bandar antara tiga parti PH ataupun gabungan baharu yang lebih kuat. Agihkan kesemua 63 kerusi Bersatu terlebih dahulu kepada tiga parti PH dan rakan pembangkang.

AMANAH perlu sekurang-kurangnya 50 kerusi termasuk kerusi bandar dan separa bandar bukan lagi 27 kerusi.

DAP bertanding di kerusi luar bandar dan tradisi Melayu. Mereka akan faham sentimen Melayu Islam nanti dan letak calon Melayu lebih ramai.

Fokus rapat semua 130 kerusi Melayu/luar bandar. Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Perlis. Negeri ini kubu kuat Pas – Umno.

Tumpukan perhatian kepada tawan 18 kerusi GPS di Sarawak, Parlimen solid bersama-sama Umno/BN. Mereka tidak berganjak, keputusan undian Rabu hingga Khamis lepas jelas mereka pro-Umno/BN.

Selamatkan 26 kerusi di Parlimen Felda yang sebelum ini dalam tangan PH (sebelum jatuh kerajaan), kerana PN sudah isytihar untuk hapus hutang peneroka RM8 bilion. Jumlah kerusi Felda ada 52 Parlimen.

Tumpu kepada pengundi baru 19 tahun sekarang. Tahun 2023 mereka sudah boleh mengundi.

Yang jelas, celik politik dan akan buat pembaharuan pola pengundian pada PRU-15 nanti. Undi 18 tahun kerajaan tidak bagi.

Dinosaur politik kena bersara sebelum pupus pada PRU-15 nanti. Sama ada sebagai Pengerusi/ AJK Tertinggi parti ataupun sebagai calon YB.

Budaya politik mereka jelas politik dendam kesumat dan cas keting, masih tidak berubah sejak 64 tahun lebih merdeka. Prestasi kerja kelaut.

Golongan muda jom kita buat #PembaharuanPolitik