Sebetulnya pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke 15 yang lalu maupun sejak zaman era Pakatan Rakyat (PR) lagi pembahagian kerusi adalah mengikut geografi pengundi.
Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, secara umumnya Dap bertanding di kawasan bandar atau kawasan yang mempunyai majoriti bukan Melayu. Manakala PKR pula bertanding dikawasan campuran serta Pas pula bertanding di kawasan Melayu dan ini adalah formula yang digunapakai semasa PRU 2008 iaitu atas persefahaman pilihan raya sebelum wujudnya PR.
“Formula tersebut adalah berdasarkan wajah-wajah parti dimana Dap mirip kepada masyarakat non Muslim, PKR mirip kepada masyarakat campuran dan Pas pula condong kepada Melayu-Muslim.
” Dalam PRU ke-14 yang lalu dilihat formula yang sama juga digunakan oleh PH apabila Bersatu fokus terhadap kawasan tegar Melayu seperti Felda dan luar bandar serta bertembung dengan Umno dan Pas,” ujar beliau.
Malah katanya lagi, dalam PRU ke-15 yang akan datang sifirnya tidak boleh lagi diguna pakai sekali lagi oleh PH dan ianya perlu di rombak agar dilihat sistem yang lebih pragmatik bagi menunjukkan PH adalah gabungan yang dinamik untuk semua.
Tegas beliau, sekiranya PH masih mengekalkan sistem sedia ada, maka ia bererti PH mensasarkan pendekatan politiknya berasaskan kaum.
Kata Dr Zaidi lagi, secara teorinya ia kelihatan berisiko, tetapi pada hakikatnya bagi jangkamasa panjang ia adalah lebih baik untuk memecah mentaliti perkauman rakyat Malaysia.
Tambahnya, reformasi yang direncanakan ini tidak perlu dilaksanakan dengan drastik secara total. Namun begitu PH perlu berani untuk cuba diakses terhadap 10 kerusi sebagai permulaan.
Walau bagaimana pun kata beliau, apa jua yang dilaksanakan, AMANAH bukannya warisan peninggalan Pas sepertimana yang didakwa oleh segelintir pihak tertentu.