Malaysia meraih pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Tokyo hari ini dalam acara Powerlifting kategori lelaki 72 kg.
Atlet negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya menyumbang pingat emas yang turut menecahkan rekod Paralimpik dengan angkatan seberat 228 kg bagi kategori yang disertainya.
Bonnie cuba memecahkan rekod dunia dengan melakukan angkatan seberat 231 kg tetapi tidak berjaya.
Dia sebelum ini memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.
Keputusan itu meyaksikan dia berjaya mengatasi pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia yang melakukan angkatan 191 kg untuk pingat perak.
Pingat gangsa menjadi milik Mickey Yule dari Great Britain selepas melakukan angkatan seberat 182 kg.