Saya nak bagi penjelasan sedikit mengapa tulisan, “Lets together light tomorrow with today” bermasalah sedikit.
Yang pertamanya, masalah bukannya ‘light tomorrow with today’ kerana ayat itu bermaksud ‘mencerahkan masa depan dengan perbuatan kita hari ini.’
Bahagian ayat yang bermasalah ialah ‘lets together’. Di dalam bahasa Inggeris, terdapat dua jenis ‘lets’.
Lets adalah untuk memberi kebenaran buat sesuatu. “He lets her slap him.” Lelaki membenarkan perempuan itu tampar dia.
Tapi yang sepatutnya digunakan dalam konteks perkataan yang nak digunakan ialah Let’s yang ada apostrophe tu.
Let’s adalah pemendekan ‘let us’ yang bermaksud ‘mari kita’… Kerana timbalan menteri nak minta kita semua bersama-sama buat sesuatu.
Kebiasaannya, apabila kita menggunakan ‘Let’s’ dalam permulaan ayat, kita akan mengikutinya dengan tindakan ataupun aksi yang nak dibuat bersama dan kemudian akhirkan kenyataan itu dengan ‘together’ untuk memberi penekanan nak buat benda itu bersama.
Jadi susunan ayatnya ialah ‘let us (action) together’ ataupun ‘let’s light tomorrow with today together’.
Kita tidak menggunakan ‘let’s’ dengan ‘together’ kerana perkataan ‘us’ dan ‘together’ membawa maksud yang hampir sama. The use of ‘together’ here is to emphasize the action.
Peace.