Penduduk Shah Alam terima 500kg ikan pelaling segar dari Perlis

Oleh NASUHA RAHMAN

Pusat Peduli Rakyat Parlimen Shah Alam sering kali membeli beratus-ratus kilo hasil tani teramsuk ubi, jagung, beras, nenas dan banyak lagi untuk disumbangkan kepada penduduk yang layak.

Tidak kurang juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan membeli hasil laut seperti ikan kembung atau pelaling kemudian diagihkan kepada penduduk  di dalam kawasannya.

Ikan segar dari Perlis buat penduduk Shah Alam yang layak

Semalam, beliau telah mengagihkan 500 kilogram ikan pelaling segar dari Perlis kemudian diagihkan kepada mereka yang layak.

“Menyokong aktiviti seperti jualan pagi hujung minggu dapat membantu petani, nelayan dan usahawan kecil memasarkan hasil mereka, khususnya yang terkesan akibat penularan wabak covid-19,” kata beliau.

Penduduk hadir ke Pusat Peduli Rakyat Parlimen Shah Alam untuk mengambil ikan segar dari Perlis