Selepas mendapat emas ke dua melalui jaguh badminton Cheah Liek Hou, tidak lama kemudian jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly pula menghadiahkan kilauan emas ketiga buat negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Atlet kelahiran Kangar, Perlis ini berjaya memukau dalam acara final lompat jauh (T20) yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo pada jam 6 petang waktu tempatan.
Beliau merupakan pemenang pingat emas Rio 2016 itu sekali gus mencatatkan rekod terbaik dengan 7.45 meter (m) pada percubaan kedua.
“Tahniah buat jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly yang berjaya memenangi pingat emas kategori T20 sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenangi di Rio 2016.
“Kami bangga dengan pencapaian dan semangat anda,” tulis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik saja atlet itu meraih emas ke-3 negara.