Catzonia, jenama Malaysia menang anugerah dunia

Oleh NASUHA RAHMAN

Jenama Catzonia menjadi sebutan dalam kalangan peminat kucing merupakan pusat jagaan harian haiwan peliharan itu kini berjaya memenangi anugerah ‘Brand Of The Year at World Branding Award’ 2021-2022.

Atas kejayaan ini Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Catzonia Malaysia Syahir Zainal turut berkongsi lima langkah mudah bagaimana Catzonia mengatur strategi mencipta jenama dan membawa Malaysia ke persada dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Catzonia Malaysia Syahir Zainal (kiri)

“Antara lima langkah tersebut iaitu pilih nama yang ada ‘rhyme’, berfikir dari ZYXW bukan dengan ABCD, teliti memilih rakan atau duta jenama, beri pelanggan pengalaman dan pemasaran yang bersistem,” kongsi beliau di Facebooknya.

Katanya, jenama tidak perlu mencari nama yang ada dua suku kata tetapi memilih nama pada irama yang sedap dan boleh menjadi single bila diulang-ulang.

“Contohnya seperti Cocacola, Ferrari, Langkawi, Sabella so lawa, dan Catzozozozonia.

“Berfikir dari ZYXW bukan dengan ABCD, Z – Pelanggan menjadi keluarga, Y – Membayangkan pelanggan tersenyum, X – Deliver. Beri 2x ganda value dan W – Quality control.

“Teliti memilih squad dan latih mereka menjadi pandai seperti kita. Squad ini bukanlah pekerja. Tetapi mereka adalah partner dan ambassador kepada jenama kita. Baik mereka, baiklah jenama.

“Beri pelanggan experience. Produk yang dibeli boleh habis, tetapi experience tidak akan mudah hilang dari minda.

“Tak perlu marketing yang mahal, tapi perlu marketing yang seemless dan bersistem. Jika mereka tidak membeli, pastikan mereka melihat, mendengar dan termimpi-mimpi jenama anda setiap masa,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui berniaga tidaklah susah tetapi membina jenama mahu atau tidak perlu akal yang cerdik.

“Percayalah tiada yang mustahil di dalam dunia ini. Kalau Catzonia boleh, anda yang ‘terer terer’ ni lagi lah boleh,” ujar beliau.

Catzonia yang kini sudah mempunyai empat cawangan iaitu di Damansara Perdana, Shah Alam, Bangi dan Wangsa Maju,

Catzonia menempatkan perkhidmatan spa mencantikkan kucing, tandas, permainan mini dan 60 bilik bertaraf VIC (very important cat), VVIC dan super VVIC dengan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam serta kad keahlian untuk pelanggan.