Cerita di belakang kenaikan harga ayam

Oleh NASUHA RAHMAN

Cerita kenapa harga ayam melambung tinggi. Bulan Jun dan Julai menyaksikan segmen ternakan ayam begitu mencabar.

Jaffry antara pengusaha ayam terbesar di utara semenanjung.

Harga ayam jatuh merudum disebabkan faktor PKP dan kes Covid-19 yang meningkat merata-rata. Banyak segmen ekonomi yang berkait rapat dengan pengunaan ayam terus ditutup tanpa petanda yang akan nampak tanda-tanda pemulihan.

Ada kilang-kilang memproses ayam terpaksa ditutup sehingga dua kali disebabkan pekerja terkena jangkitan Covid-19.

Bila ayam tidak boleh diproses oleh kilang-kilang besar ini, ayam hidup yang lebih dilambakkan dipasaran.

Hendak cari pembeli di masa ini bagaikan pengemis merayu pembeli-pembeli datang membeli dari kita.

Pemborong-pemborong ini bagaikan King yang mengawal harga pada masa ini. Hari-hari ditekannya harga turun dan terus turun, tetapi peliknya harga ayam proses di pasaran tidaklah semurah mana pada masa ini.

Akibat dari kerugian yang besar pada bulan Jun dan Julai ini perternak tidak mampu lagi bertahan. Semakin banyak diternak semakin besar kerugian.

Hampir semua syarikat penternakan mengurangkan kemasukan anak ayam pada bulan Ogos lepas. Kesannya inilah yang terjadi sekarang.

Pemborong-pemborong yang dulu bagaikan King yang mengawal dan membeli ayam kini bagai naik hantu mencari ayam di sana sini.

Ada juga sampai terpaksa menutup perniagaan disebabkan tiada bekalan ayam. Itulah putaran alam ini.

Kenaikan harga dedak tidak henti-henti bermula dari Oktober 2020 lagi. Ini adalah masalah sejagat. Tiga bahan utama untuk pembuatan dedak iaitu jagung, soya dan sawit meningkat di pasaran dunia.

Jadi automatiknya harga dedak juga akan meningkat, tiada siapa pun perlu disalahkan.

Jadi janganlah risau dengan kenaikan sementara ini. Untuk bulan Jun dan Julai berjuta-juta ringgit perternak kerugian, kini bagilah peluang untuk kami menutup balik kerugian-kerugian tersebut.

Industri yang berdikari tanpa apa-apa subsidi dari kerajaan ini perlu dipertahankan demi sumber protin yang murah untuk rakyat Malaysia.

Kami pun sudah mula menambah pengeluaran seperti biasa dan InsyaAllah pertengahan bulan Oktober ini dijangka harga akan kembali normal seperti biasa.

Penulis Datuk Jaffry Ahmad adalah pemilik Ayam Bismi salah satu penternak ayam terbesar di Utara Malaysia