Wacana Enam Tahun AMANAH ketengah empat panel kritis

Oleh ARIF ATAN

Empat pembentang dari pelbagai latar belakang akan mengambil bahagian dalam “Wacana 6 Tahun AMANAH: Satu Retrospeksi: Kritik-kritik Terhadap AMANAH dan Politik Islam” pada 16 September ini.

Mereka adalah penulis dan penterjemah, Marwan Bukhari dan calon PhD kajian Politik Melayu dari Universiti Malaya (UM), Abdul Muqit Muhammad.

Turut menjadi pembentang Pegawai Program, Sisters in Islam (SIS), Huda Ramli dan Pengurus, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari.

Sebanyak empat tema akan dibincangkan merangkumi topik berkaitan ideologi Islamisme, real politik Melayu-Islam, polisi dan tadbir urus serta keadilan gender dan pembebasan wanita.

Program dalam talian anjuran Pemuda AMANAH itu dijadualkan berlangsung jam 10 pagi hingga 1.10 tengah hari.

Pemuda AMANAH Nasional dalam kenyataannya memaklumkan wacana tersebut bersifat “telus, objektif dan kritis, tanpa sembunyi dan berat sebelah”.

Pendaftaran boleh dibuat melalui https://forms.gle/nTMKD5PstoskrdKX7