Ikut Standing Order (SO) Parlimen, kena ada dua Timbalan Speaker. Jika ada kekosongan jawatan itu, berdasarkan SO, kena lantik segera.
Selasa lalu (14 September), dalam agenda mesyuarat Parlimen ada disenaraikan agenda pelantikan Timbalan Speaker sebagai agenda nombor satu selepas QnA. Tapi tak berlaku.
Jika berlaku mungkin terserlah Gomen Tebuk Atap 2.0 tak dapat kekal 114 undi. Depa habaq mungkin depa hanya dapat 79 undi sahaja.
Katanya, geng depa dalam gomen itu sendiri pun tidak sokong calon dari Umno sedangkan dia nak bawa 20 reformasi Parlimen.
Parti ehem sokong sebab calon itu, walaupun kluster mahkamah baru dituduh sahaja. Tak salah lagi. Itu hujah depa. Lepas tu depa tangguh pemilihan.
Menteri Undang-Undang habaq depa nak pinda Perlembagaan nak bagi seorang Speaker dari pembangkang. Ehem.. Come on, stop pulling a shaggy!
Pemilihan Timbalan Speaker tidak perlu undi dua pertiga. Itu pun susah nak buat. Pinda Perlembagaan kena dua pertiga. Wow depa berani buat kot?
Jika setuju calon Speaker dari pembangkang dan calon PH dari DAP, parti dalam gomen Melayu Islam ni dah terbuka hati sokong calon DAP ke? Ke macam mana?