Kerajaan Malaysia perlu memastikan kerjasama antara negara-negara Asean dan China diteruskan dengan amalan kemakmuran bersama.
Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berkata, Malaysia tidak boleh membiarkan China menjadi seperti Amerika yang pesat membangun sehingga meninggalkan negara-negara di kelilingnya jauh tertinggal dan jadi lebih miskin.
“Kita mahu China mesti bersikap seperti kata menteri pertahanan (iaitu abang besar). Kalau nak jadi abang besar, biar dia melimpahkan kekuatan ekonomi dia kepada negara jiran.
“Cuma kita bimbang, Malaysia agak perlahan dalam hal nak menggamit kehebatan dan kemajuan teknologi China kepada kita.
“Janganlah ia melimpah kepada Vietnam, Kamboja dan Indonesia sahaja. Tapi kita nak bersama dengan China sendiri mestilah memainkan peranan menghormati negara-negara lain, dan bukan menunjuk kekuatan.
“Sebaliknya menghormati dan adanya perbincangan yang terbuka dengan negara-negara khasnya Asean yang dekat dengan mereka,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.