Ahli Parlimen Beruas yang juga merupakan mantan Pengerusi DAP Perak merangkap mantan Yang di Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Ngeh Koo Ham, meraikan ulang tahunnya yang ke-60 semalam.
Beliau menulis dalam satu mesej Whatsapp yang turut disertakan dengan sekeping gambar lama yang menunjukkan beberapa pemimpin DAP sedang berkempen berhubung isu “Tolak 911, Tolak Juga 929” (No to 911, Also No to 929) pada 20 tahun lalu, di atas sebuah trak pikap yang disertai antaranya, Ngeh, Fong Po Puan (ketika itu Ahli Parlimen Batu Gajah), Nga Kor Ming (ketika itu ADUN Pantai Remis dan kini Ahli Parlimen Teluk Intan serta mantan Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat) dan saya sendiri:
“Saya sering teringat tentang kempen Tolak 929 setiap kali tiba hari ulang tahun saya. Turut berkongsi pentas di atas trak pikap ini adalah Sdr Teh Hock Ke yang turut meraikan ulang tahunnya hari ini.
“Lao Da selalu berada di barisan hadapan menjelajahi seluruh pelusuk negara untuk menyertai pelbagai program dan kempen. Beliau penuh bertenaga dan tidak kenal penat. Beliau mendapatkan rehat dan tidur di dalam kereta dalam waktu senggang dalam perjalanan ke destinasi yang dituju.
“Untuk pengetahuan generasi muda, pikap, Hilux atau lori muatan kecil sering menjadi pentas bagi kami dalam banyak program anjuran kami.
“Kempen Tolak 929 tidak menarik minat ramai orang, namun semua itu berubah selepas kejadian yang berlaku di pasar Pasir Pinji, Ipoh. Polis menghalang ahli-ahli parti daripada mengedarkan risalah Tolak 929.
“Selepas mendengar mengenai kejadian tersebut, Laoda yang sedang menikmati sarapan bergegas meninggalkan meja dan memberikan risalah tersebut kepada pegawai polis yang bertugas! Beliau ditahan ?! Pemimpin pembangkang di Malaysia ditahan hanya kerana mengedarkan risalah!
“Tidak lama selepas itu, peristiwa tersebut mengisi dada-dada akhbar tempatan mahupun antarabangsa. Kempen Tolak 929 menjadi tajuk berita kerana Laoda, dan bukannya kerana deklarasi yang dibuat oleh Tun M pada konvensyen parti Gerakan.
“Penahanan kedua dibuat semasa kami mahu melepaskan belon Tolak 929 di Dataran Merdeka. Kui Lun, saya dan beberapa yang lain telah ditahan. Terima kasih kepada polis kerana secara tidak langsung telah membantu menjayakan kempen Tolak 929 ?. Sedikit sejarah ?”
Seorang Ahli Parlimen DAP memberikan komen:
“20 tahun kemudian, PAS kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan dan kita terpaksa berdepan dengan kerajaan perpaduan-Melayu”.
Ngeh membalas:
“Saya tidak rasa begitu. Generasi baharu tidak akan tertarik dengan jenama PAS dalam tempoh 20 tahun akan datang. Ia tak lagi laku.”
Ini yang saya kata dalam Whatsapp:
“Memori. Mengingatkan kita semua bahawa perjuangan untuk sebuah Malaysia yang sekular dan liberal dengan keharmonian antara agama akan melangkaui beberapa generasi dengan kisah jatuh dan bangunnya yang tersendiri.
“Kita memerlukan orang yang cekal hatinya dan mempunyai ketabahan serta keberanian untuk menempuh perjuangan yang amat panjang ini.
Parlimen kini sedang membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
RMK-12 mempunyai tiga tema dan empat pemangkin dasar serta 14 pemacu perubahan.
Namun persoalannya adakah RMK12 mampu menjadi pemacu perubahan?
Adakah Rancangan Malaysia lima tahun sebelum ini telah memacu perubahan buat negara?
Jika ya, Malaysia tidak akan menjadi negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam menguruskan wabak Covid-19; mengumpulkan lebih 2 juta kes jangkitan dan lebih 26,000 korban Covid-19.
Kita kini tewas kepada Singapura dan Vietnam dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), sedangkan pada 1970, Singapura dan Vietnam masing-masing mempunyai hanya 51% dan 74% daripada KDNK Malaysia.
Sejak separuh abad lalu, Malaysia ketinggalan jauh berbanding negara lain dan mempunyai dasar-dasar yang mengundang perpecahan, selain bersifat diskriminasi dan mengekang.
Malah, perkataan seperti “liberal” dianggap jijik, antara sebab mengapa Rukun Negara — yang dibentuk untuk mencapai perpaduan yang lebih erat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden, serta didasari atas prinsip-prinsip berikut, kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan — semakin dipandang sinis.
Jika Rancangan Malaysia ke-12 mahu menjadi pemacu perubahan, ia harus membawa sebuah Malaysia di mana konsep Keluarga Malaysia merangkumi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah atau politik.
Jika tidak, Keluarga Malaysia hanya akan dilihat sebagai agen perpecahan dan bukan penyatuan.
Mampukah Rancangan Malaysia ke-12 menjadi pemacu perubahan?