Apakah kerajaan bertanggungjawab 100 peratus jika ‘wajibkan’ vaksin beri kesan sampingan?

Oleh NASUHA RAHMAN

Sekiranya kerajaan mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 terhadap rakyat maka mereka wajib bertanggungjawab 100 peratus seandainya berlaku kesan sampingan terhadap penerima vaksin.

Malahan, jika kerajaan mewajibkan suntikan vaksin tersebut, apakah tidak perlu bagi kerajaan mendapatkan kebenaran atau ‘ consent’ sebelum suntikan, walaupun dalam etika perubatan bagi memasukkan sesuatu ke dalam badan individu, ianya perlukan kebenaran atau ‘ consent’ tersebut.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, persoalan yang bermain difikiran rakyat, apakah kerajaan akan bertanggungjawab 100 peratus sepenuhnya ketika ini.

“Adalah tidak adil sekiranya mewajibkan vaksin tetapi tidak pula bertanggungjawab sekiranya berlaku kesan sampingan vaksin, malahan pengeluar-pengeluar vaksin Covid-19 awal-awal lagi telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab keatas kesan sampingan vaksin dan tidak boleh diambil tindakan undang-undang atau saman ke atas mereka sekiranya berlaku kesan sampingan.

“Sebetulnya virus Covid-19 adalah ‘Novel’ virus, yakni virus yang pertama kali ditemui di dunia dan vaksin mRNA Covid-19 juga adalah ‘Novel’ vaksin, iaitu teknologi pembuatan vaksin yang baru atau lebih difahami sebagai Revolusi Vaksin.

” Isu penolakan mRNA Covid-19 berkisar kepada keyakinan, keselamatan dan keberkesanan vaksin ataupun ‘safety & efficacy vaccine dimana keselamatan atau’ safety’ bermaksud bebas dari kesan sampingan,” tegas beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Beliau yang juga merupakan pengamal perubatan di salah sebuah pusat perubatan pakar di Pulau Pinang turut berkata, keberkesanan atau ‘efficacy’ berkisar kepada usaha mempertahankan diri dari dijangkiti dan menjangkiti orang lain serta sejauh atau selama mana ianya berkesan.

Katanya, sekiranya mereka masih ragu-ragu terhadap kedua-dua faktor ini, apakah kerajaan akan tetap memiliki hak mutlak mewajibkan vaksin dimana mereka sudah pasti akan menghadapi implikasi undang-undang seandainya mewajibkan vaksin Covid-19 sebagai mencabul hak asasi individu.