“Rakyat ‘nazak’ ada nak bunuh diri, menteri seronok sandar di Vellfire”

Oleh NASUHA RAHMAN

Dalam jawapan rasmi dalam Parlimen, YB Menteri Kewangan Gomen Tebuk Atap dedah sejak bulan April 2021, para menteri Gomen Tebuk Atap telah mula tukaq pakai kenderaan vellfire di mana dia habaq kos bulanannya adalah RM 5,759.35 – guna wang rakyat !

Gomen juga dah guna wang rakyat sebanyak RM1.42 juta untuk bayaq kat pemegang konsesi sehingga September 2021.

Hebat jadi Gomen melalui Tebuk Atap melalui LANGKAH SYAIRATON dan KHIANAT mandat rakyat di Malaysia.

Dalam keadaan rakyat sedang betui-betui “nazak” sehingga ada yang bunuh diri, para menteri depa yang jenis tak ada sikit pun rasa MALU jauh sekali rasa BERSALAH pi ENJOY bersandaq di Vellfire.

YB Pekan yang sehingga kini masih berstatus BANDUAN sebab didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL dalam kes SRC-anak syarikat 1MDB- oleh kerana telah dilantik sebagai Penasihat Khas Gomen yang bertaraf Menteri logiknya dia juga berhak guna vellfire.

Begitu juga para Penasihat Khas atau Duta Khas PM yang bertaraf menteri. Depa juga berhak nikmati keselesaan walaupun rakyat sedang menggelupur nak bayaq duit pinjaman beli kereta!

To be fair to YB Pekan, saya setuju pembelian vellfire oleh gomen tu bukan salah dia. Dia BERSALAH kat bahagian lain!

To be fair pada rakyat yang pi hentam YB Pekan yang berstatus BANDUAN itu pula, depa rasa geram dan pi salahkan dia sebab depa rasa tak masuk akai orang yang telah rosakkan ekonomi negara macam dia tu melalui;

-skandal mega 1MDB,
-telah didakwa dengan pelbagai pertuduhan jenayah rasuah dan salah guna kuasa,
-telah didapati bersalah dalam salah satu pertuduhan itu,
-boleh dibenarkan dapat pasport balik untuk pi Singapura hampir sebulan,
-boleh pulak tukaq tarikh untuk turun kempen di Melaka,
-boleh dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Gomen,
-boleh dapat semua kemudahan seorang Menteri seperti dapat kereta rasmi, body guard, kenderaan pengiring polis, dan
-la ni berhak guna vellfire.

Dan semua itu guna WANG RAKYAT!

Rasanya itu yang rakyat MARAH dan MELUAT sakan!