Keadaan di Melaka menjelang penamaan calon

Oleh KIM SYAZIE

Bahasa yang digunakan seharian oleh orang Melaka memang kasar tetapi kehalusan dalam menempuh PRN di Melaka amat diperhalusi oleh penduduknya. Mereka amat berhati-hati. Malah tidak mustahil 50 hingga 60 peratus pengundi tidak akan keluar mengundi jika tidak dipujuk dengan sempurna.

Kompenan Pakatan Harapan perlu belajar dari pengalaman yang lalu di PRN Sabah, pimpinan Pakatan Harapan jangan berkenyataan sembrono. Pastikan telah membuat telahan baik buruknya kesan kepada hasil PRN nanti sebelum berkenyataan.

Nilai peratus pengundi yang akan keluar mengundi dan sentimen sokongan pengundi ke arah mana dipercayai hanya boleh dibaca selepas penamaan calon nanti.

Jika silap percaturan dibuat, umpamanya menerima empat sekawan yang menyebabkan kerajaan yang ada kekurangan majoriti ke dalam Pakatan Harapan, mood pengundi yang 50-50 akan swing sepenuhnya kepada parti lawan PH sebagai tanda protes. Ini akan memberi sumbangan besar kepada kesukaran PH untuk menang.

Mood rakyat dilapangan yang kebanyakanya mengenang jasa, kebaikan dan kejayaan Pakatan Harapan terutamanya imej baik Yb Adly selaku ketua menteri Melaka sewaktu 22 bulan Pakatan Harapan memerintah,  memberikan banyak kelebihan apatah lagi dengan kelam kabutnya Umno yang berantakan dengan Bersatu dan Pas buat masa ini di PRN Melaka.

Bagi rakyat Melaka yang begitu lama tidak menghadapi PRN, mereka melihat kerakusan pemimpin Umno untuk menguasai Melaka begitu terserlah dan ketara.

Pengundi Melaka tahu dan sedar yang kestabilan tidak akan wujud kalau pun undi diberi kepada Umno atau PN pada PRN nanti.

Golojohnya pemimpin Umno mempersembahkan kepada TYT supaya DUN dibubarkan yang menyebabkan tumpuan kepada memerangi Covid-19 agak terbantut dan bakal menularkan wabak Covid 19 di Melaka adalah tidak mustahil jika PRN Sabah dijadikan contoh. Suasana inilah menjadikan pengundi bagi PRN di Melaka takut untuk keluar mengundi.

Imej Rauf kepada orang Melaka amat cukup negatif sekali. Boleh dikatakan rata-rata membenci sikapnya yang sombong, bongkak dan berlagak.

AMANAH, Keadilan dan DAP adalah diingatkan bersatu hati dalam menghadapi PRN Melaka ini. Buang dan lontarkan ke Laut China Selatan segala ego dan bongkak diri macam good je dari menguasai diri. Tanpa kata sepakat dalam tindakan, kita akan gagal di Melaka.

Kita akan berjaya menguasai 20 kerusi dengan cemerlang jika kompenan Pakatan Harapan bersatu hati membina gelombang agar seramai mungkin rakyat Melaka dapat dipujuk supaya keluar mengundi dengan cara yang cukup berhemah.