Siapa boneka siapa?

Oleh ARIF ATAN

Saya nak cuba faham kenyataan “boneka DAP”. Cuba kita bandingkan:

Apabila AMANAH jadi kerajaan:

1. Cabutan judi dari 22 turun kepada lapan kali.

2. Kerajaan tunda pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC): Sampai MCA ‘sound’ DAP adakah anda Cina lagi?

3. Kerajaan sekat jualan kelapa sawit ke India, tanda protes ke atas penindasan agama ke atas penduduk Kashmir. MCA siap tentang. DAP hanya diam.

4. Kejayaan kerajaan negeri Selangor batal pusat lumba judi kuda terbesar di Asia. DAP sokong sekali.

5. Dong Zhong jadi entiti lawan Kerajaan.

Apabila Pas jadi kerajaan:

1. Cabutan judi dari lapan kali naik kembali ke 22 kali.

2. Kerajaan PN pada tahun 2020 masih terima kelayakan UEC untuk jadi guru di Kementerian Pendidikan (MOE). Pas langsung tidak berbunyi.

3. MCA jadi juara. Batalkan protes Malaysia ke India berikutan penindasan agama. Pas sokong dengan jayanya.

4. Kejayaan Pas hanya setakat minta tukar nama wiski Timah. Bukan macam apa yang dia dok hentam.

5. Dong Zhong siap dapat bantuan kerajaan RM15 juta.

6. RUU 355 undang-undang hudud yang dari dulu pecah belahkan orang Melayu, Pas masih berdolak dalih. Takutkan partner MCA berbunyi. Menteri Agama siap cakap kena slow-slow bagi kaum lain faham. Bukan lagi keutamaan.

Makanya, kita bandingkanlah. Siapa boneka siapa?

The thing is, selagi orang politik tidak faham (atau buat-buat tidak faham) landskap perkauman negara ini, selagi itulah kita disajikan dengan politik jelik, tunggang kaum dan agama.