Kapal tidak boleh belayar di atas air yang kering

Oleh ARIF ATAN

Di waktu Subuh, kita selalu mendengar azan Subuh di mana Tok Bilal antara lain melaungkan kalimah ini – الصلاة خير من النوم.

Dalam bahasa Arab perkataan خير itu boleh berdwi peranan iaitu ia boleh dianggap sebagai “isim tafdhil”- اسم تفضيل- atau sebagai “masdar”- مصدر

Jadi, ia ada impak pada penterjemahan makna.

Jika kata خير itu dianggap sebagai “isim tafdhil” atau dalam bahasa Inggeris biasa kita pangggil “a superlative adjective” ia biasanya diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai “paling” atau “lebih”.

Jadi, dalam konteks lafaz bagi azan Subuh itu, خير itu diterjemahkan “solat itu adalah lebih baik dari tidur”.

Jika خير itu pula dianggap sebagai “masdar”, terjemahannya tidak boleh “paling baik” atau “lebih baik” tapi ia diterjemahkan sebagai “kebaikan” sahaja.

Bagaimana nak tahu? Itu kena lihat konteks sesuatu ayat.

Susah? Ya, sebab tu kena belajar.

“Kamu ingin kejayaan, tapi kamu tidak mahu lalui jalan-jalannya, bagaimanakah sebuah kapal itu boleh belayar di atas air yang kering!”