Rakyat Melaka wajib undi PH sebab ketokohan Adly Zahari

Oleh ARIF ATAN

Ketika PH tumbang, saya pernah tulis, saya tidak pernah kecewa PH tumbang di Persekutuan, hatta kerajaan yang tumbang itu adalah negeri saya di Perak. Namun, saya sedikit kecewa jika kerajaan Melaka tumbang.

Masa PH tumbang di Melaka, saya masih ingat, bukan hanya saya, hatta Ketua Pembangkang pada masa itu Idris Haron walaupun dia dari Umno. Status Facebooknya pada 29 Febuari 2020; kata Idris Haron:

“Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Adly Zahari, pemimpin yang berkaliber dan berkualiti tawaduk dan rendah diri, sejenang bersamanya cukup bernilai dan bermakna, walaupun dari sudut yang berbeza.

“Hanya kerana kerakusan segelintir, yang baik pun dilihat buruk, yang cantik pula jadi hodoh”.

Maka, tidak hairanlah hari ini kelihatan mantan TYT Melaka sendiri Tun Khalil Yakob, bekas MB Pahang, bekas pemimpin tertinggi Umno menyatakan sokongan kepada Adly Zahari dan PH.

Sudah pasti pada sosok tubuh dan kepimpinan Adly Zahari itu punya keupayaan dan corak pemerintahan yang disenangi semua kelompok Masyarakat.

Inilah peluang keemasan rakyat Melaka memulakan perubahan dan reform itu di Melaka. Melaka sudah punya calon yang paling tepat memimpin Melaka.

Saya malas menulis banyak cuma saya nak ulang apa yang saya tulis ketika mana PH tumbang pada 25 Februari 2020. Jarang saya salah menilai karakter orang politik ni:

——-

Apabila Ketua Menteri Melaka mengumumkan dia bukan lagi Ketua Menteri Melaka, lihatlah reaksi netizen. Tidak kira apa latar belakang bangsa dan agama, ramai daripada mereka yang berasa kecewa kehilangan Ketua Menteri yang berwibawa dan banyak membawa perubahan dan kebajikan kepada Negeri Melaka.

Apa yang mereka kenangkan? Bukan mereka bersedih sebab yang tumbang itu kerajaan PH tetapi satu pemerintahan yang baik.

Itulah Baldah Tayyibah yang saya sebutkan sebelum ini. Itu sebab saya kata hanya kerajaan Melaka kerajaan yang memenuhi aspirasi Malaysia baharu.

Jadi fahamkan sebab apa, Aku sebelum ini tulis aku tak kecewa jika yang jatuh itu kerajaan pusat.. hatta negeri aku kerajaan negeri Perak.. tetapi aku sedih dengan kejatuhan negeri Melaka.. Sebab hanya negeri Melaka yang aku perhatikan mereka faham kehendak dan masalah rakyat…

Malah Ketua Menteri menjadikan Kebajikan dan keperluan perumahan rakyat segenap lapis masyarakat sebagai agenda utama pemerintahan.. konsep peduli rakyat diperkenalkan.. inilah gambaran pemerintahan Islam..bukan dengan melabelkan negeri melaka sebagai serambi mekah atau Madinah..

Itu sebab aku kritik sebelum dikalangan pemimpin Bersatu dan PH yang memainkan sentimen Melayu.. nak jadi Juara Melayu..Juara Ummat Islam.. apa tujuan mereka ? Meraih undi Melayu ? itu bukan caranya.. aku dah kata.. itu cara lapuk.. itu bukan cara yang ditunjukkan Nabi..

lihat saja pada Adly Zahary.. Bila kita berbuat baik…penuhi kebajikan dan keperluan Rakyat..Rakyat akan sayang..tak kira dia Cina mahupun India.. dan itulah yang mahu dilakukan Ds Anwar dalam pemerintahan….dan ini asas pembinaan Kerajaan Madinah… ini ucapan pertama Nabi ﷺ.. Soal Kedamaian dan kebajikan..

..
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ،..

Wahai Sekalian Manusia.. Sebarkan lah Salam, Berikanlah Makan(kebajikan)..

Jadi apa yang dilaksanakan Adly Zahari di Melaka, Itu yang mahu dilaksanakan Ds Anwar Ibrahim dalam pemerintahan Malaysia.. Itu sebab aku menantikan pemerintahan Malaysia baru.. tidak semua faham soal ekonomi dan pemerintahan yang mengutamakan keperluan rakyat bawahan.. inilah Hikmah..Apa yang hilang kepada Ummat islam, ini adalah kebijaksanaan, Hikmah dalam perlaksanaan..

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها …

Hikmah adalah barang beharga yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya….

Aku mahu lihat Ds Anwar jadi Perdana Menteri bukan sebab aku gila taksubkan batang tubuh ds Anwar..tetapi aku kongsikan aspirasi dan matlamat Malaysia baru.. Itu yang mahu dilakukan Ds Anwar dalam pemerintahan Malaysia sebagaimana Adly Zahari lakukan di Melaka…

Cuma aku bersabar memenuhi konsensus dan perjanjian bersama kita dengan PH..dan hari ini ianya dikhianati.. jadi kita teruskan sabar dan Ikhlas melakukan perubahan walaupun ada dari kalangan kita terpesona dengan ujian harta dan jawatan..

Ramai yang kata Tun Mahathir orang yang paling bijak berpolitik d Malaysia… memang benar Tun Mahathir orang yang bijak dari soal politik.. itu aku akui..tapi itu bukan apa yang aku impikan..aku tak kagum pun.. aku bukan pentaksub batang tubuh Mahathir..aku memuji Mahathir kepada yang aku rasa dia berhak dipuji..

aku bukan mencari pemimpin yang pandai berpolitik.. apa guna pandai berpolitik jika rakyat dibawah susah dan papa kedana.. kepentingan yang kaya dan kapitalis diutamakan..aku sedang menantikan Pemimpin yang mementingkan kepentingan rakyat bawahan yang Faqih dalam urusan Ummatnya…

Jadi fahamkan sebelum ini apa yang aku pernah tulis.. Adly Zahari dan Ds Anwar Ibrahim adalah gandingan terbaik untuk Malaysia baru.. biarpun impian itu tidak terlaksana…tapi itulah impian aku dalam membina Malaysia baru..

Aku bukan pentaksub parti dan tokoh Politik..aku hanya berkongsi impian aku untuk Malaysia baru.. 🙂