Pengeluaran wang melalui i-Lestari dan i-Sinar , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menzahirkan rasa bimbang mengenai risiko majoriti ahlinya menjalani hari tua dalam kemiskinan.
Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata ini kerana pengeluaran akibat COVID-19 telah memburukkan keadaan menyebabkan simpanan yang tidak mencukupi.
Katanya, perkara ini bukan hanya akan memudaratkan kehidupan individu sahaja tetapi juga terhadap landskap sosioekonomi negara dan fiskal kesihatannya juga akan mencabar.
Pada masa ini katanya, 48 peratus ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal.
Menurutnya ini merupakan peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan yang amat krtikal berbanding sebelum pandemik.
“Dengan jangka hayat rakyat Malaysia pada 75 tahun dan menjangkakan ahli KWSP mula mengeluarkan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun simpanan yang ada perlu mencukupi untuk sekurang-kurangnya 20 tahun.
Dalam perkara ini, dengan simpanan median kesemua ahli KWSP dibawah 55 tahun berjumlah RM13,000 bermaksud RM54 sebulan untuk tempoh persaraan mereka,” katanya dipetik Bernama.
Katanya, simpanan median ahli KWSP pada usia 54 tahun pada Rm38,000 pula bermaksud Rm159 sebulan untuk tempoh 20 tahun yang akan datangm dab dalam usaha ahli untuk mendapatkan semula jumlah kehilangan daripada pengerluaran COVID-19 mereka perlu bekerja untuk tempoh tambahan empat ke enam tahun.
Sehingga 31 Oktober sejumlah RM101.1 bilion dikeluarkan di bawah i-Lestari, dan i-sinar, ia merupakan 22 peratus daripada program rangsangan kerajaan berjumlah Rm530 bilion bagi membantu rakyat malaysia secara keseluruhan