Jika anda hadir ke stadium dalam perlawanan akhir bola sepak antara KL dan JDT malam semalam dan anda ingin menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah:
a) Adakah anda merapatkan saf kerana suasana stadium yang sedia maklum kondusif?
b) Adakah anda menjarakkan saf solat yang cuma enam minit dan kembali merapatkan ‘saf’ ketika menyaksikan bola selama 90 minit?
Jika jawapan anda (a), adakah stadium merupakan tempat terbaik untuk merapatkan saf ketika solat jemaah?
Jika jawapan anda (b), adakah anda ‘baik-baik’ aja?