Umno-BN berjaya perdayakan Pas-Bersatu, PH perlu waspada

Oleh NASUHA RAHMAN

Sejarah telah membuktikan apabila Umno-BN lemah dan gagal mencapai majoriti dua pertiga atau majoriti tipis maka mereka akan mengadakan rundingan dengan oposisi yang mana strategi yang dilakukan banyak berpihak kepada mereka.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, Umno-BN tidak pernah berpecah tunjangnya dan kekal bersama.

“Namun begitu, selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 maupun zaman sebelumnya atau 1990an pembangkang kerap bergabung dan berpecah dan tidak kekal lama gabungan yang diwujudkan.

” Pasca PRU ke-14 pula mwnyaksikan Umno-BN tewas dan hilang kerajaan Pusat dan mereka gerakkan rundingan serta jalinkan persefahaman politik apabila berasa lemah.

” Walau bagaimana pun tatkala ini mereka berjaya memperdayakan Pas dan Bersatu dan menjadikannya sebagai tunggangan bagi mengembalikan semula kuasa yang telah hilang,” ujar beliau ketika dihubungi.

Malah tegas beliau, apakala Umno-BN masih lemah, mereka akan mendekati PH dan cuba menjalin persefahaman yang kononnya kerana pandemik Covid-19 dengan mwnghulurkan MoU yang pada awalnya menjanjikan ‘strong, formidable dan convincing’ di Parlimen.

Namun begitu kata Dr Zaidi, pada hakikatnya ia tidak dikotakan sebagai realiti dan tidak berlaku.

Sehubungan itu saran beliau, parti komponen perlu kukuhkan persatuan dan PH harus batalkan MoU dengan Umno-BN serta tiada lagi rundingan dengan mereka setelah ternyata janji tidak mereka tepati.