Nampaknya Najib Razak cuba sedaya upaya dengan laskar sibernya mahu menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor ekoran banjir besar sejak 17 Disember lalu.
Nak lindungi kelemahan Umno. Acah acah nak tunjuk adil, kritik NADMA sebab yang jaga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) daripada Bersatu biarpun bekas Umno.
Untuk pengetahuan penyangak, NADMA, MKN, JPS, ATM, PDRM, JPAM hatta KKM, semuanya bawah Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri tidak boleh beri arahan. Depa ni hat bertanggungjawab atas apa jua bencana termasuk Covid-19.
Cerita kerajaan gagal ini bukan cerita banjir saja. Hatta, uruskan wabak Covid-19 pun terbukti gagal, PM hari ini antara orang bertanggungjawab yang mengurus wabak dan terbukti gagal.
Ni nak habaq:
– BN/PN urus wabak Covid-19 GAGAL.
– BN/PN urus ekonomi GAGAL.
– BN/PN uruskan harga ayam pun GAGAL.
– BN/PN uruskan kos hidup rakyat GAGAL.
– Sekarang urus banjir pun GAGAL.
Bukti apa lagi nak? Memang kerajaan, pemimpin khianat ini terbukti GAGAL tetapi nak buat macam mana, Bani Melayu nak juga pilih pemimpin terbukti GAGAL.