Wajib tahu, ‘medical card’ tak ‘cover’ 8 perkara ni

Oleh ARIF ATAN

Lazimnya, perlindungan insurans/takaful perubatan individu menawarkan kemudahan kad perubatan untuk kemasukan ke hospital.

Ada pelbagai jenis produk perlindungan ditawarkan seperti perlindungan komprehensif sehingga ke perlindungan yang mesra bajet.

Ini termasuklah bayaran untuk pembedahan, bilik serta bayaran caj berkaitan wad seperti bilik pembedahan, peralatan, ubatan dan perkhidmatan hospital, bius, rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital dan bermacam lagi.

Tapi adakah betul insurans perlindungan perubatan ini akan cover semua kemalangan yang berlaku?

Pengguna Twitter, Luthfi ada menyenaraikan perkara yang insurans perlindungan perubatan tidak berikan perlindungan 100 peratus jika berlaku sesuatu musibah.

Mari kita baca perkongsian beliau:

Lapan perkara yang medical card tak cover.

Ramai sangat dah yang share apa yang medical card cover sehinggakan ramai antaranya ingat medical card cover 100%.

Maaf, tak betul tu. Walaupun kita dah bayar setiap bulan, kita masih lagi kena standby duit ya!

Ini saya senaraikan 8 items yang medical card tak cover.

  1. Deposit upon admission
    Deposit adalah satu bayaran antara kita dengan hospital swasta. Nilai deposit berbeza di antara satu hospital dengan hospital yang lain.

Tak kira la hampa guna Medical Card personal atau company, saya selalu tekankan untuk prepare duit deposit sekurang-kurangnya RM300.

Berdasarkan pengalaman, untuk bayaran deposit saya suka guna CASH berbanding Ddbit card.

Bila discharge, hospital akan refund semula dalam bentuk cash jugak. Lebih cepat.

Berbanding guna debit card, proses refund tu makan masa sikit. So, untuk kes macam ni lebih baik guna cash.

  1. Deductible

Kebanyakkan pakej Medical Card yang terbaru ada Deductible.

Deductible ni apa?

Haa, deductible ni adalah satu jumlah yang hampa WAJIB BAYAR dari bil rawatan hampa (final bil). Lain company lain jumlah deductible yang dikenakan.

Contoh deductible :

Final bil : RM30,000
Deductible : RM500
Jumlah yang syarikat takaful bayar : RM29,500

Jumlah yang kita kena bayar masa discharge : RM500

Selalunya pelan medical card yang murah-murah ada deductible. Nama pun murah ‘kan? Jadi, tak la cover bil 100%.

Ada yang kenakan deductible setiap kali admission. Ada yang kenakan deductible hanya sekali dalam setahun. Apa-apa pun hampa kena semak dengan ejen takaful masing-masing.

  1. Ko-Takaful / Ko-Insurans

Selalunya info tentang Ko-Takaful ni ejen kena terangkan sebab impak dia sangat tinggi!

Contoh :

Ko-Takaful 10% dari jumlah final bil, maksimum RM2,000.
Kalau final bil RM30,000, kita kena bayar kos ko-takaful hanya sebanyak RM2,000, jelas?

Sekiranya pelan medical card hampa ada Ko-Takaful/Insurans, sediakanlah duit lebih sikit untuk jumlah maksimum yang anda kena bayar tu ya.

Kalau maksimum RM2,000, bersedia dengan RM2,300. Sekali dengan duit deposit. Nak standby lebih pun tak apa.

Wajib tahu, ‘medical card’ tak cover 8 perkara ni
Pengguna perlu teliti pelan kad perubatan yang diambil.
  1. Diagnostic tool tak cover
    Ramai yang salah faham, depa nk guna medical card sebagai platform untuk check mereka sakit apa. Kita tidak boleh sesekali minta doktor untuk buat x-ray, CT scan atau MRI.

Ada sesetengah kes, doktor suruh kita bayar dulu kos x-ray, CT scan & MRI.

Sebab? Sebelum doktor nak admitkan kita, dia perlu request GL pada syarikat takaful kita.

Dalam report tu dia perlu attached supporting info such as x-ray, CT scan dll.

Jika lepas x-ray tak ada penyakit tu, then kita perlu tanggung kos tu. If lepas x-ray ada penyakit, then kos x-ray tu masuk dlm GL.

Jadi, untuk kes macam saya selalu galakkan untuk spare cash atau kad kredit bagi situasi yang tidak dijangka. Lain hospital lain prosesnya. Tapi situasi ni boleh terjadi. Jangan ingat medical card ni tak ada additional cost ya.

  1. Pre-admission test tak cover
    Zaman covid ni kalau nak admit kena buat RTK/PCR bagai sebelum admission.

So, kos PCR/RTK ni kita kena tanggung. Ada hospital mintak bayar cash & ada yang charge dalam final bil kena bayar masa discharge nanti.

Banyak benda tak kena bayar?

  1. Perbezaan harga bilik tak cover
    Pakej yang hampa ambik harga bilik RM150 je. Bilik 150 tu mungkin hanya dapat bilik kongsi 4 orang.

Tapi hampa nak privasi & keselesaan kan? So mintak la upgrade bilik ke bilik single yang berharga RM250. Kos upgrade bilik tak cover ya.

Kalau hampa admit 2 hari dekat bilik single rm250 tu bermakna additional cost yang hampa kena bayar adalah RM200.

Hospital swasta akan masukkan kos perbezaan / upgrade bilik ni dalam final GL nanti. So bila dah boleh dischage nanti kena bayar lebih RM200!

  1. Co-payment bila upgrade bilik
    Bab ni pun tak ramai ejen share.

Maksudnya kat sini, kalau hampa upgrade bilik dari 150 (quad sharing room) ke 250 (single), hampa kena bayar (baca : Penalti) sebanyak 10% dari final bil.

So kalau medical card hampa ada co-payment ni, jangan la upgrade bilik. Duduk je bilik yang sama. Jika tidak, tak pasal pasal kena bayar 10% dari final bil.

Ada sesetengah company letak 10% co-payment, minimum kena bayar RM300 atau maksimum RM1,500, take note ya.

  1. Miscellaneous items tak cover
    Apa benda miscellaneous ni? Contoh item misc ni adalah laundry, admission / management fees, medical report, underwriting excess, id band dan lain-lain. Semasa Covid-19 ni baju pakai buang pun depa charge tau! Jadi, semua kos itu akan masuk dalam final bil nanti.

Maaf bebenang ini jadi panjang, tapi inilah realiti yang kita perlu hadapi dan rancang sekiranya bercadang untuk sign up medical card. Bagi yang dah ada medical card, kena semak dengan ejen masing-masing.

Kesimpulannya adalah walaupun bayar bulan-bulan tetap kena keluar duit lebih.

Lapan perkara inilah yang menyebabkan saya tidak berapa setuju dengan promosi “medical card murah” oleh sesetengah ejen takaful. Bila kita cari yang murah, tidak semua cover and end up kita rasa medical card ini “scam” dan membebankan! Seriously! Trust me!

Sebenarnya, daripada lapan perkara yang saya kongsi ini bukan semua terpakai di semua syarikat insurans/takaful ya. Sebab itu penting untuk kita semak dan faham pelan yang kita ambil.

Baca juga: https://themalaysialife.com/netizen-malaysia-ni-obses-sangat-dengan-tangmo-kan-dah-kena-tegur-dengan-ustaz-kazim/