Pakatan Harapan memutuskan untuk menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan dilihat mempunyai muslihat tertentu mahu menghancurkan Umno BN
Presiden Umno Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi berkata, parti terbabit tidak pernah berhenti mahu menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) secara tersembunyi.
“Apabila mereka bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman (MOU), ia bererti mereka ada muslihat tertentu.
“Saya percaya, mereka menerima kita kerana mereka tahu itulah cara mereka boleh membunuh kita. They never love us!
“Bacalah perlembagaan setiap parti lawan kita. Sedarlah! You are sleeping with your enemies. Mereka menyimpan belati dalam selimut kita.
“Apakah kita mahu menyambung MoU itu lagi?” katanya dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini.
Tegas Zahid, Umno seharusnya sedar bahawa pembangkang itu tidak pernah berhenti daripada berusaha untuk menghancurkan parti.
“Dalam legenda Helen of Troy, seorang wanita telah menghancurkan sebuah negara daripada dalam. Kita seharusnya sedar bahawa lawan-lawan kita itu tidak pernah berhenti daripada berusaha untuk menghancurkan kita.
“Apabila mereka bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman, ia bererti mereka ada muslihat tertentu. Saya percaya, mereka menerima kita, kerana mereka tahu itulah cara mereka boleh membunuh kita.
“They never love us! (Mereka tidak pernah suka kita) Bacalah perlembagaan setiap parti lawan kita. Sedarlah! You are sleeping with your enemies. Mereka menyimpan belati dalam selimut kita.
“Apakah kita mahu menyambung MoU itu lagi? Kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri,” kata beliau.