Tiada niat tutup periuk nasi orang, doktor senaraikan bisnes sihat dan tidak jual produk ‘overclaim’

Oleh ARIF ATAN

Seorang doktor menegaskan beliau tidak berniat tutup periuk nasi orang apabila mengkritik produk ‘overclaim’ yang tidak berasaskan kajian saintifik tetapi kononnya mampu merawat penyakit.

Sehubungan itu, pakar perubatan, Dr. Imelda Balchin menyenaraikan sejumlah perniagaaan sama ada yang menawarkan produk mahupun perkhidmatan yang sihat tanpa overclaim.

Seorang doktor menegaskan beliau tidak berniat tutup periuk nasi orang apabila mengkritik produk 'overclaim' yang tidak berasaskan kajian saintifik tetapi kononnya mampu merawat penyakit.
Dr. Imelda Balchin

Berikut tulisan Dr. Imelda Balchin hari ini di Facebook yang mendapat lebih 3,000 tanda ‘suka’ hanya selepas 11 jam disiar disiar:

Saya tak ada pun niat nak tutup periuk nasi orang tetapi saya nak penjual beri nasihat yang betul kepada pengguna dan jangan buat overclaim.

Sebaliknya, apabila saya sampaikan ilmu pengetahuan kesihatan dan ilmu perubatan yang sangat mahal harganya dengan percuma, ramai orang awam boleh berusaha dan berikhtiar mencegah penyakit dengan cara yang terbukti berkesan. Ini menambahkan lebih nasi di dalam periuk nasi lebih ramai orang. ‘Kan?

Apa-apa pun saya juga telah membantu menambahkan bisnes perniagaan penjual-penjual yang ikhlas seperti penjual buah-buahan tempatan segar, penjual sayur-sayuran segar, penjual air kosong bersih, penjual-penjual kasut sukan, penjual-penjual laksa seluruh Malaysia dan penjual-penjual ikan bilis.

Turut sama penjual-penjual keropok lekor, penjual-penjual taufufah, penjual-penjual cendol seluruh Malaysia, penjual-penjual ayaq nyoq (air kelapa segar), penjual makanan sihat Vietnamese rolls, penjual-penjual blender yang mempromosikan healthy homecooking dan rajin mengajar anda memasak.

Tidak lupa juga penjual jellycake sebagai alternatif yang lebih sihat kepada kes hari jadi yang tinggi gula dan lemak, cikgu-cikgu piano, cikgu-cikgu yoga, business fitness centers dan gym-gym Malaysia serta penjual barang-barang sukan termasuklah skipping rope.

Malah, bisnes termasuk farmasi-farmasi Malaysia, doktor gigi Malaysia, fisioterapi Malaysia, Making Orang Asli Mothers Independent (MOAMI) dan saya nasihatkan pergi ke klinik doktor-doktor yang tidak menjual produk.

Hah, tu dia! Berapa banyak bisnes saya dah bantu, ‘kan! Follow me. Ada banyak lagi bisnes mereka yang ikhlas tidak jual produk overclaim.

Saya bantu pun dengan ikhlas, tak buat komisen satu sen pun. Inilah juga salah satu projek awesome saya untuk tahun 2022.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/demam-selepas-kena-dos-penggalak-ini-tiga-analogi-doktor/

Baca juga: https://themalaysialife.com/mak-cik-baik-hati-hari-hari-bagi-chonky-si-anjing-terbiar-makan-nasi-lemak/