Isu hutan simpan dan Musang King: Husam jawab kenyataan media pejabat MB Kelantan
Saya berterima kasih dengan respon dari Pejabat MB Kelantan (Dato’ Ahmad Yakob) atas dua dari 11 saja tulisan saya sejak 11 March 2022.
Tulisan-tulisan saya itu berkaitan antara satu sama lain di atas dua tema utama :
Adanya kegiatan meluluskan pembalakan tebang habis secara berleluasa di dalam Hutan Simpan Kekal(HSK) di Negeri Kelantan. Atas nama Program Ladang Hutan, termasuk ladang durian.
Oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang ada kini, tanpa mengambil kira kesan dari semua sudut dan ;
Kelulusan itu lebih menguntungkan bukan Anak Kelantan.
Berdasarkan carian SSM mengenai pemilik syarikat-syarikat berkenaan.
Sedangkan Anak Negeri yang memerlukan kemudahan yang sama dari segi pemilikan untuk membangunkan dusun-dusun durian atau perladangan tidak diberikan peluang sama rata atau lebih baik.
Tulisan tersebut adalah seperti berikut :
LINK ISU HUTAN SIMPAN KELANTAN DAN MUSANG KING
Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/503587847801241
Tanah Kelantan – Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/50623820420287
Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076
Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/50494385766564
Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/507966474030045
ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/videos/1171266473688791
Carian SSM menunjukkan temuan berikut :
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506910517468974
LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING :
https://www.facebook.com/100044500896683/posts/508540157306010
BETAPA KAYA BUMI KELANTAN
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/509815267178499
Surat Terbuka Kepada YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/510462977113728
Membalak Dalam Hutan Simpan – Kelulusan Terbaru 2022
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/511029740390385
Adakah tulisan-tulisan lain itu benar belaka sehingga ia sedikit pun tak disentuh oleh Setiausaha Politik MB Kelantan dalam jawapannya semalam?
Hanya satu atau dua saja dari 11 tulisan saya yang hendak dipertikaikan?
Ayuh, kita mula membahaskan isu ini berpaksi kepada respon SUP MB itu.
Sebelum itu, suka saya maklumkan bahawa respon balas saya ini tidak disiarakan sekali gus. Saya akan siarkan secara bersiri mula hari ini dan InsyaAllah berakhir dengan berakhirnya Sya’ban tahun ini.
Antara tujuannya ialah supaya pembaca dapat menikmati info yang saya InsyaAllah akan kongsikan secara lebih selesa.
Berdikit-dikit, lebih mudah difahami. Sesetengah penjelasan saya nanti mungkin sedikit komplikated.
Saya cuba memudahkan, supaya semua peringkat Rakyat Kelantan dapat mengikutinya. Apa yang terjadi pada Negerimu.
Ayuh! Kita mulakan dengan memetik keseluruhan respon dari Setiausaha Politik MB Kelantan, para demi para.
Tajuk respon beliau : Penjelasan Persoalan Mengenai Projek Di Hutan Simpanan Kekal Negeri Kelantan.
Tajuk respon saya pula : Bohong Dalam Benar.
YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar mengambil maklum mengenai persoalan-persoalan yang dikeluarkan melalui saluran laman sesawang “facebook” di bawah akaun pengguna yang bernama ‘Husam Musa’ berkaitan aktiviti penanaman spesis durian di Hutan Simpanan Kekal Sungai Durian oleh Li Yongbo seluas 2,200 ekar. Dakwaan yang dikeluarkan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab dan bermotifkan politik untuk memberikan imej yang tidak baik terhadap pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam suasana politik masa kini.
(Tidak ada apa yang saya nak ulas bagi para ini. Cuma, dari ayat tuan di sini, saya ingatkan bahawa tuan tidak membaca tulisan saya yang berkenaan secara teliti. Cuba ulang baca. Jangan gopoh. Atau tuan yang cuba membuat persepsi salah?).
Isu yang dilontarkan oleh Datuk Husam Musa adalah melibatkan Hutan Simpanan Kekal Sungai Durian yang berkeluasan 17,420 hektar. Untuk makluman, sebahagian daripada kawasan Hutan Simpanan Kekal Sungai Durian merupakan Zon Pembangunan Ladang Hutan.
Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberi kelulusan kepada dua syarikat masing-masing bertarikh pada 07 Mei 2015 dan 15 April 2018 untuk pembangunan Projek Ladang Hutan Getah Klon Balak (TLC).
Ulasan saya :
a. Hanya ada dua kelulusan?
Dari 17,420 hektar (atau 43,045 ekar) keluasan Hutan Simpanan Kekal Sungai Durian yang tuan sebutkan itu, saya katakan : sudah lebih dari 15,000 ekar (atau 6,000 hektar) dari keluasan itu telah pun diluluskan sebagai Projek TLC dan pelbagai spesis atau Ladang Hutan sejak 2015-2018!
Sebagai membantu tuan menyedari apa yang berlaku, saya turunkan di bawah ini pelan kompartmen-kompartmen dalam HSK Sg Durian beserta syarikat yang telah berjaya mendapat kelulusan.
Petak bertanda merah adalah petak-petak yang telah diberikan kelulusan. (Demi menjaga kemaslahatan syarikat-syarikat terbabit, nama syarikat berkenaan saya kaburkan).;
Tuan selaku orang besar di Pejabat MB, boleh mendapatkan senarai penuh kelulusan beserta keluasan dan senarai syarikat dari pejabat Perhutanan Negeri untuk menyemak apa yang saya sebutkan di sini.
(Manipulasi info mungkin akan dilakukan).
- Ada kelulusan di HSK Sg Durian untuk TLC/Durian adalah di luar Zon Ladang Hutan
Tuan juga seharusnya tahu, terdapat kelulusan untuk Ladang Hutan/Durian di HSK Sg Durian ini berada di luar Zon Ladang Hutan.
Ia bukan saja berlaku di HSK Sg Durian, bah kan berlaku di seluruh negeri. (Cuba risik-risik dengan YAB MB : ada tak?. Saya percaya dia tahu. Tiba giliran, saya akan kemukakan bukti dan contoh amalan seperti itu InsyaAllah).
Surat di atas bertajuk : ‘Tawaran Tender Runding Bagi Kawasan Ganti Projek Ladang Hutan Getah Klon Balak (TLC) Yang Ditarik Balik dan Dibatalkan Kepada Projek Pemuliharaan Hutan Di Dalam Kawasan Kosong, Bekas Lombong dan Kawasan Teroka Haram di Kompartmen 60,66, 69,70,72 dan 73 (sebahagian) Hutan Simpan Sungai Durian Seluas 404 Hektar’.
Nombor rujukannya PHN.KN 200/1/2270(xxx) bertarikh 16 Julai 2018.
Tuan perhatikan surat di atas. Kompartmen-kompartmen ini – 60,66,69,70,72 dan 73 berada di luar Zon Ladang. (Namun agak saya, berlaku banyak keadaan di mana Zon Ladang dialih-alihkan. Dari di luar Zon menjadi di dalam Zon).
Untuk memudahkan tuan, saya tandakan dalam pelan di bawah kompartmen yang berada di luar Zon Ladang.
Kompartmen berkenaan berada dalam bulatan merah sedangkan Zon Ladang adalah dalam lingkaran berwarna biru.
Cubalah tuan semak dengan Jabatan Perhutanan Negeri. Jangan tulis tanpa taklimat penuh.
- Kelulusan terbaru untuk Ladang Hutan/TLC/Durian dalam HSK Sg Durian.
Untuk makluman tuan, masih terdapat keluluan terkini bagi Projek Ladang Hutan dalam HSK Sg Durian ini.
Saya mendapat tahu, Jawatankuasa Kecil Perhutanan Negeri atau Jkkp telah meluluskan tambahan 3,000 ekar lagi kelulusan Projek Ladang Hutan di dalam HSK Sg Durian.
Ia diluluskan kepada TIGA syarikat pada November 2021. Juga di luar Zon Ladang Hutan. (Sekarang Kerajaan Negeri dalam proses untuk mengubah zon baru? Tanya saja – ura-uranya begitu lah kan?).
Salah satu dari kelulusan ini ialah kelulusan Projek Ladang Hutan terbaru dengan nombor rujukan Pengarah Hutan PHN.KN 200/1/2663 (xxx) yang dikeluarkan awal Januari tahun ini.
Tuan luaskan sedikit radar sensitiviti terhadap rungutan rakyat.
Nescaya tuan akan mendengar telah viral kebimbangan penduduk khususnya
Kg Mengkebang dan Kg Pecah Salak berhampiran HSK Sg Durian ini.
Ini kerana kompartmen yang baru diluluskan kepada syarikat terbaru ini, khususnya kompartmen 98, 99 dan 101 adalah melibatkan tandak untuk bekalan air penduduk kampung dan sumber sungai berkenaan.
Tuan belum mendengarnya?
Patutlah Kerajaan tuan terpisah jauh dari apa yang berlaku sebenarnya di atas bumi pemerintahan tuan.
Bagaimana boleh diluluskan kawasan tadahan air rakyat?!
(Mungkin selepas saya bangkitkan ini, kelulusan ini akan dibatalkan dan kononnya tiada kelulusan diberi. InsyaAllah saya telah menyimpan info dalam isu ini lebih jauh dari yang tuan fikirkan – jika mustahak untuk digunakan nanti).
Inilah pelan kelulusan terbaru yang melibatkan tandak tadahan bekalan air yang saya maksudkan.
Turunlah nanti mendengar rungutan rakyat di sana dan lawatlah sendiri tandak berkenaan.
Sempadan untuk kerja pembalakan dimulakan baru saja disiapkan.