Berlaku pertikaian pemegang saham MySJ, dua pengarah mohon disingkir termasuk bekas CEO Kumpulan Sapura Energy

Oleh NASUHA RAHMAN

Berlaku pertikaian pemegang saham MySejahtera ekoran itu dua pengarah mohon disingkir termasuk bekas CEO Kumpulan Sapura Energy.

Hasrat Budi Sdn Bhd, pemegang saham dalam pengendali aplikasi MySJ Sdn Bhd, memfailkan saman pemula (OS) memohon penyingkiran Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Anuar Rozhan sebagai pengarah MySJ.

Syarikat tersebut telah memfailkan saman erhadap enam defendan iaitu Shahril, Anuar, Raveenderen Ramamoothie, Entomo (M) Sdn Bhd, Revolusi Asia Sdn Bhd dan MySJ di Mahkamah Tinggi melalui Perkongsian Tetuan Izral pada 24 Feb 2022, dan pertikaian itu berpusat di sekitar perjanjian pemegang saham dan mesyuarat lembaga MySJ berikutnya pada bulan Februari.

Raveenderen, Anuar dan Shahril — bekas Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Sapura Energy Bhd — duduk dalam lembaga pengarah MySJ. Raveenderen dan Anuar juga memegang kepentingan masing-masing sebanyak 76% dan 12% dalam Revolusi Asia, yang merupakan penama Entomo Malaysia.

Memetik laporan Theedgemarkets.com dalam perjanjian pemegang saham MySJ, Raveenderen dan Anuar telah dikekalkan sebagai pengarah, dan Hasrat Budi tidak mendesak peletakan jawatan Anuar atas dasar banyak pihak sedang merundingkan syarat-syarat perjanjian penjualan saham dengan suci hati melalui badan yang dikenali sebagai “CCom” yang ditubuhkan menurut Klausa 8 perjanjian pemegang saham.

Ia mendakwa terdapat perubahan susulan kepada lembaga pengarah MySJ pada 10 Dis 2021, apabila Shahril dilantik sebagai pengarah MySJ atas premis Raveenderen meletak jawatan, tetapi beliau dilantik semula sebagai pengarah alternatif kepada Anuar.

Hasrat Budi seterusnya mendakwa Raveenderen, Entomo Malaysia dan Revolusi Asia telah berkelakuan dengan cara yang bertentangan dengan persefahaman bersama.

‘Raveenderen, Anuar, Entomo dan Revolusi Asia cuba menguasai lembaga MySJ’

Pengarah Hasrat Budi Datuk Heah Kok Boon, berkata susulan perjanjian saham itu dimeterai, Datuk S Mohan dilantik sebagai pengarah MySJ sebagai wakil Hasrat Budi.

Kemudian pada 22 Nov, Mohan digantikan oleh Tan Sri Liew Kee Sin.

Pengarah MySJ kemudiannya terdiri daripada Raveenderen, Anuar dan Liew dan pada 23 Dis, dua lagi nama telah ditambah iaitu Shahril dan Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Megat Najmuddin dilantik sebagai pengarah bebas.

Hasrat Budi mendakwa CCom sepatutnya menjadi badan penyelia bagi pengurusan dan operasi dan juga mempunyai obligasi di bawah perjanjian pemegang saham.

Dakwa Heah lagi terdapat perubahan dalam jawatan oleh Raveenderen, Anuar, Entomo dan Revolusi Asia sebelum mesyuarat CCom keenam pada 14 Feb lepas, dan mesyuarat lembaga pengarah diadakan tanpa kehadiran Liew pada 22 Feb.

Justeru, beliau memohon sebarang resolusi yang diluluskan pada mesyuarat yang dipertikaikan itu akan diisytiharkan tidak sah.

Berlaku pertikaian pemegang saham MySJ, dua pengarah mohon disingkir termasuk bekas CEO Kumpulan Sapura Energy
Hasrat Budi memegang 10.05% kepentingan dalam MySJ selepas menandatangani perjanjian pemegang saham pada Ogos tahun lepas.

“Adalah jelas bahawa Raveenderen, Anuar, Entomo dan Revolusi Asia sedang cuba untuk mengawal lembaga pengarah MySJ, walaupun terdapat persefahaman bersama.

“Hasrat Budi tidak mempunyai alternatif lain selain menegaskan hak kontraknya yang ketat menurut Fasal 16 perjanjian saham, bahawa Raveenderen akan menjadi pengarah tunggal dari Entomo/Revolusi Asia, dan ini bermakna Shahril dan Anuar perlu disingkirkan serta-merta. ,” tambah Heah dalam afidavitnya.

Entomo Malaysia ialah pembangun aplikasi MySejahtera dan dahulunya dikenali sebagai KPISoft (M) Sdn Bhd. Ia dimiliki 100% oleh Entomo Pte Ltd, yang berpangkalan di Singapura, dan Raveenderen ialah pengasas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu manakala Anuar ialah pengasas bersama Entomo.

Hasrat Budi — sebuah unit Eco World Development Group Bhd — memegang 10.05% kepentingan dalam MySJ selepas menandatangani perjanjian pemegang saham pada Ogos tahun lepas.

Syarikat itu, yang dilaporkan memeterai perjanjian dengan MySJ untuk memindahkan hak intelektual dan lesen perisian MySejahtera kepada yang kedua pada 2020 dengan harga RM338.6 juta, seterusnya memegang 81.43% pegangan dalam MySJ.

Hasrat Budi juga memohon pelaksanaan khusus Fasal 7.1 perjanjian pemegang saham yang ditandatangani iaitu penyingkiran Anuar dan Shahril sebagai pengarah MySJ selain pelantikan Raveenderen sebagai pengarah.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/ketahui-negara-yang-paling-singkat-dan-lama-tempoh-berpuasa-untuk-tahun-ini/