Teruja sangat kejut orang kampung bangun sahur pakai gendang, remaja terkejut kena simbah air

Oleh KIM SYAZIE

Agaknya teruja sangat nak kejut orang kampung bangun sahur pakai gendang, sekumpulan remaja terkejut kena simbah air. Mungkin terlalu bingit menahan telinga dengan pukulan gendang dari sekumpulan remaja di Indonesia, seorang lelaki bertindak menyimbah air kepada remaja berkenaan.

‘Adat’ kejut sahur ni sebenarnya masih ada lagi di kampung-kampung namun bukanlah hari-hari tapi sebagai syarat sahaja untuk memeriahkan bulan puasa yang datang cuma setahun sekali. Bagaimanapun kejut sahur guna gendang ni jarang kita dengar.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram, Indoviral8, dapat dilihat sekumpulan remaja sedang asyik memukul gendang dengan kuat di hadapan sebuah rumah dipercayai bagi tujuan untuk mengejut sahur.

Bagaimanapun kehadiran mereka kurang disenangi oleh pemilik rumah berkenaan dan dia bertindak menyimbah air kepada mereka.

Bukan itu sahaja, pemilik rumah itu juga dikatakan sempat memarahi mereka sebelum keempat-empat remaja itu beredar dari kawasan berkenaan. Difahamkan, video tersebut telah dirakam oleh salah seorang penduduk di kawasan perumahan tersebut sebelum ianya tular dan meraih pelbagai respon daripada netizen Indonesia.

Video itu juga dikatakan berlaku pada tahun lalu. Meninjau ruang komen, rata-rata netizen turut kasihan dan tak kurang juga rasa terhibur dengan apa yang berlaku.

Netizen juga keliru siapa yang salah dalam hal ini. Remaja yang kejut sahur ke tuan rumah yang simbah air? Apa pendapat anda?

Baca juga: https://malaysiadateline.com/bilangan-guru-prasekolah-perlu-ditambah-tingkatkan-kualiti-pendidikan-awak-kanak-kanak/

Baca juga: https://themalaysialife.com/cuti-raya-tahun-ini-paling-panjang-rakyat-malaysia-sudah-boleh-susun-cuti/