Lucu! Gara-gara bergaduh dengan kucing hamster berharga RM20 terima kos rawatan RM2000

Oleh NASUHA RAHMAN

Lucu! Gara-gara bergaduh dengan kucing hamster berharga RM20 telah terima kos rawatan RM2000 kerana mengalami patah tangan.

Selain daripada anjing dan kucing, ramai yang memilih untuk membela haiwan peliharaan seperti hamster kerana fizikal mereka yang kecil dan comel.

Hamster juga sangat aktif dan lincah. Spesies ini dikatakan sangat aktif terutama sekali ketika watu malam.

Spesies ini sebenarnya suka bersendirian dan memerlukan dan suka ruang sendiri. Apabila dimasukkan dengan hamster lain mereka boleh menjadi sangat agresif dan juga membunuh hamster lain yang ada di sekitar mereka.

Kedengaran hamster adalah haiwan yang agak ‘gangster’. Walaupun kecil sahaja fizikalnya, spesies ini sangat kuat sebenarnya.

Lucu! Gara-gara bergaduh dengan kucing hamster berharga RM20 terima kos rawatan RM2000
Hamster ini dikatakan ‘power’ hanya patah tangan walaupun bergaduh dengan kucing

Bukti lain seperti yang berlaku kepada seorang netizen apabila hamsternya dikatakan telah ‘berperang’ dengan kucing peliharaannya di rumah.

Akibatnya, hamster tersebut telah ‘kalah’ dalam pergaduhan tersebut mengalami kecederaan yang agak parah. Setelah imbasan dibuat doktor haiwan mendapati tangan hamster tersebut telah patah.

Bayangkan harga hamsters tersebut hanya RM20 tetapi kos rawatannya mencecah RM2000!

Imbasan dilakukan, doktor mendapati tangan hamster terbabit telah patah.

Namun, hamster tersebut berjaya bertahan hidup walaupun telah ‘bertarung’ dengan kucing yang sememangnya jauh lebih besar dan kuat.

Ada netizen yang mengatakan hamster tersebut tetap nampak comel walaupun dengan anduh pada tangannya itu. Tidak hanya itu, ada juga yang mengatakan hamster tersebut ‘power’ kerana hanya patah tangan sahaja selepas bergaduh dengan kucing.