Rasulullah tunai haji satu kali dan 4 kali umrah, ahli politik pergi umrah berkali-kali tapi kes rasuah berpuluh

Oleh KIM SYAZIE

Rasulullah tunai haji satu kali dan 4 kali umrah, ahli politik pula buat tren pergi umrah berkali-kali tapi kes rasuah berpuluh.

Yang pergi haji dan umrah berkali-kali tujuan untuk apa? Pergi umrah bukan untuk cuci wang haram. Orang Melayu ramai yang suka ke tanah suci untuk mengerjakan haji atau umrah. Alhamdulillah

Mereka pergi dengan pelbagai alasan. Ada yang berkata rindu melihat Kaabah, suka suasana, tak rasa sempurna ibadatnya sebelum ini dan pelbagai sebab lain.

Ada juga tren orang-orang politik pergi umrah berkali-kali. Kadang-kadang saban tahun. Tapi kes rasuah berpuluh-puluh. Ada ahli perniagaan yang berniaga cara haram tapi pergi umrah berkali-kali. Tanpa rasa bersalah dengan Allah apa yg dilakukan.

Persoalannya adakah dosa mencuri wang rakyat boleh disucikan dengan pergi ke umrah?

Ya ini zaman sosial media pergi umrah tunjukkan pada rakyat amalan-amalan kami. Tapi balik mencuri lagi wang rakyat adakah semudah itu orang kita mengamalkan agama Islam?

Sebab itu saya beritahu kawan-kawan politik bergembiralah kita tidak menjadi YB (wakil rakyat). Sebabnya kita akan dipersoalkan di alam akhirat nanti.

Mungkin imej 5 orang, kanak-kanak, orang berdiri dan kawasan luar

90 peratus pemimpin politik tak banyak sikit akan terpakai duit rakyat. Yang berniat mencuri harta rakyat pun punya ramai. Beginilah kawan-kawan, dosa kita dengan tuhan. Kita bertaubat Insyallah Allah ampunkan. Tapi dosa kita mencuri RM1 wang rakyat kita kena pulangkan balik.

Bayangkan kalau RM10,000, RM10 juta, RM10 billion di mana kita nak cari rakyat tu di sana nanti. Jangan main-main bab ini kawan-kawan. Jangan ingat pergi umrah terhapus begitu saja dosa curi wang rakyat.

Berbalik kepada soal tren pergi haji dan umrah berkali-kali.

Rasulullah pergi haji sekali dan umrah hanya 4 kali walaupun baginda tinggal di Arab

Empayar Uthmaniyyah amat terkenal sebagai antara kerajaan Islam yang memainkan peranan sebagai khalifah, sekaligus memegang gelaran sebagai ‘Penjaga Dua Kota Suci’ (Mekah dan Madinah).

Sememangnya dua kota suci itu sangat terjaga dengan baik sepanjang pemerintahan Uthmaniyyah. Contohnya ketika teknologi elektrik kali pertama muncul di Istanbul, Sultan Abdul Hamid II memerintahkan agar tempat pertama yang akan menerima bekalan elektrik adalah di Masjidilharam.

Namun di sebalik kesempurnaan ini, timbul satu persoalan. Mengapa sultan-sultan Uthmaniyyah tidak pernah menunaikan ibadah haji? Jawapan kerana ada keperluan yang lebih penting iaitu ‘jihad’ peperangan di mana mereka sering menjadi ancaman musuh memandangkan Turki sempadan Asia Eropah.

Ada kata-kata hebat “Mencari iman di kota Makkah bertemu iman di dapur rumah’. Makna iman yang dicari boleh ditemui di mana-mana. Tak semestinya di kota Makkah sebab ramai juga yang ke sana pulang kehidupan ‘jahiliahnya’ tidak berubah.

Contoh ada ke sana berkali-kali tetapi pulang ke sini masih freehair, berjudi, berzina dan ke kelab-kelab malam. Adakah dia menemui iman di sana? Di depan Kaabah tentulah dia menangis bertaubat. Tapi dia tidak ketemui.

Takrif iman dari Ali bin Abi Talib, Aishah dan Imam Ghazali sama iaitu: “Pengakuan dengan lidah (lisan), membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).

“Berbalik kepada tren pergi umrah berkali-kali, Ustaz Abdul Somad memberitahu: “Ada orang beritahu dia mahu pergi lagi melakukan umrah kerana belum dapat menikmati ibadahnya.

“Adalah lebih baik wang pergi ke umrah seterusnya dia lakukan ibadah untuk tujuan dakwah. Jika orang itu merasai sama nikmatnya dengan mengerjakan umrah bermakna orang itu telah menikmati ibadah.”

“Ustaz, saya jika keluar ribuan ringgit ke umrah ok tapi jika mengeluarkan ribuan untuk tujuan dakwah ke kawasan pedalaman, sakit saya. Itu tanda belum dapat nikmat ibadah”.

Fahamkan. Malah ramai orang alim berkata adalah jauh lebih baik bajet menunaikan umrah itu disedekahkan kepada orang susah di kawasannya daripada menunaikan haji atau umrah berkali kali.

Sesungguhnya menghantar orang miskin yang teringin pergi menunaikan haji atau umrah itu adalah orang yang lebih bijak dalam beramal. Betul kata Ustaz Azhar Idrus, nak pergi haji atau umrah berapa banyak atau nak pahala berapa banyak untuk ditimbang di sana nanti?

Tanya pada dirimu, pergi umrah suka-suka atau ikut tren

Kata Dr Abdul Basit tentang mereka yang suka pergi haji atau umrah berkali-kali, tanya pada dirimu dengan ikhlas dan bermuhasabah. Adakah ia ikhlas untuk mendekati Allah atau sekadar suka-suka mengikut tren.

Atau lebih teruk dari itu untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah sesama manusia. Jadi berbalik kepada seorang ahli politik yang dibenarkan untuk menunaikan umrah sedangkan dia sudah berkali-kali ke tanah suci. Kes mahkamah sedang berjalan atas tujuan apa?

Dia lebih penting selesaikan hal mahkamah melibatkan wang rakyat. Ia tren ahli politik masa kini yang mungkin beranggapan boleh mencuci wang/dosa mencuri wang rakyat di kota Makkah. Ingat Allah maha mengetahui dan tidak akan tertipu walau seribu kali kita ke kota Makkah.

Ingat kisah Saidina Umar ketika anaknya menangis ingin baju baru sempena Hari Raya kerana disindir bajunya mempunyai banyak tampalan kerana koyak. Kerana kesian anaknya Umar utuskan surat kepada penjaga Baitulmal untuk meminjam 10 dirham dan berjanji akan memulangkannya kembali apabila dpat gaji hujung bulan.

Dibalas surat oleh penjaga Baitulmal: “Wahai Amirul Mukminin Umar Al Khatab adakah kau boleh beri jaminan akan terus hidup sehingga hujung bulan ini?” Menangis Umar bila membaca surat itu kerana mempunyai penjaga Baitulmal yang berani, amanah perintah Allah.

Di negara pasir dua butir, bila ada menteri kewangan tidak mahu mengikut perintah PM untuk memberikan dana dengan menggunakan wang rakyat berbillion kepada anaknya, dibuangkan jawatan menteri kewangan tersebut. Ditelanjangkan dan diaibkan ke seluruh dunia. Beza orang beriman yang takut dengan Allah dengan orang yang dunia dipelukannya.

Baca juga: Dulu netizen kecam harga ‘Tel Aviv’, sekarang nasi Arab Chef Ammar laku teruk sampai terpaksa buat peraturan ini pada pelanggan

Baca juga; Anuar Zain berangkat ke Syria untuk misi kemanusiaan