Kerajaan seharusnya lebih peka terhadap beban yang ditanggung oleh rakyat menjelang Aidilfitri. Ini termasuklah cadangan kenaikan kos harga tiket pengangkutan awam seperti bas, keretapi dan juga kapal terbang.
Menurut Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Dato Abdul Halim Hussain, peluang harus diberikan bagi umat Islam meraikan sambutan Aidilfitri dengan tidak membebankan mereka.
” Kenaikan ini akan turut membebankan anak perantau untuk pulang ke kampung setelah 2 tahun tidak berpeluang beraya bersama keluarga.
“Rakyat telah pun dibebani dengan harga barang yang mencanak naik dan kini mereka yang ingin menggunakan pengangkutan awam. terpaksa pula berdepan dengan kenaikan harga tiket bas antara 10.hingga 20 peratus mulai 29 April hingga 8 Mei ini.
” Seharusnya rakyat yang sedang bergelut dengan masalah ekonomi setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan tidak lagi perlu dibebani sebegitu rupa,” ujar beliau yang juga merupakan Adun Batu Maung.
Selepas terbeban dengan peningkatan harga barang keperluan, pengguna kini terpaksa pula berdepan kenaikan harga tiket bas ekspres menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang naik antara 10 hingga 20 peratus.
Kenaikan tersebut berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang bermula 29 April hingga 8 Mei ini.