Remaja terkejut jumpa peti besi berisi ribuan dolar ketika memancing

Oleh KIM SYAZIE

Seorang remaja bersama bapanya terkejut setelah menemui sebuah peti ‘harta karun’ yang mengandungi wang tunai bernilai ribuan dolar Australia.

Memetik laporan Daily Mail, peti besi berkenaan dijumpai dua individu berkenaan selepas puluhan tahun hilang akibat dirompak dalam kejadian pada tahun 2000.

Dilaporkan, George Tindale, 15 dan bapanya, Kevin, 52, sedang mencari barang logam di Sungai Witham di Grantham, Lincolnshire sebelum penemuan luar biasa itu tiga minggu lalu.

peti besi

George dan Kevin menemukan peti besi lama dan terkejut selepas mendapati ada kantung berisi wang kertas bernilai 2,500 dolar Australia atau bernilai (RM7,834) dalam wang Malaysia.

Selain wang, mereka turut menemukan sekeping sijil senjata api dan beberapa kad bank yang sudah tamat tempoh pada 2004.

Ia sekali gus memudahkan mereka untuk menjejak pemilik asal wang tersebut.

The safe had been stolen from businessman Rob Everett back in 2000 during a burglary at his office. After contacting Rob to explain the amazing find, the kindhearted family visited him at his business in Grantham to return the stolen property on Saturday

Dilaporkan, peti besi itu milik seorang ahli perniagaan bernama Rob Everett yang dicuri oleh seorang remaja pada tahun 2000 ketika pejabatnya dipecah masuk.

Selepas menghubungi Everett, George dan Kevin melawatnya di premis perniagaan di Grantham untuk memulangkan wang yang ditemukannya.

“Ia sungguh menakjubkan, kami mengeluarkan peti besi ini dan ada banyak wang di dalamnya.

“Menurut Rob, jika saya mahukan pengalaman bekerja selepas tamat persekolahan, tawaran sentiasa terbuka,” kata George.

Baca juga: Pemuda AMANAH kecam tindakan SPRM, gesa hentikan siasatan terhadap Nazlan

Baca juga: Neelofa bakal kembali mengacara, ini respon PU Riz