Adab ini perlu dijaga ketika bertandang raya nanti antaranya jangan tanya ‘bila nak kahwin’

Oleh NASUHA RAHMAN

Hari Raya kali ini sudah tentu disambut dengan meriah sekali setelah dua tahun tidak dapat meraikan kerana PKP. Namun kita perlu ingat adab hendaklah dijaga ketika bertandang ke rumah orang raya nanti.

Raya kali ini ktiviti kunjung mengunjung sudah tentu menjadi tumpuan masyarakat Islam untuk kembali memeriahkan tradisi yang menjadi amalan selama ini.

Ramai yang sudah mengatur perancangan untuk menziarahi sanak saudara, kaum keluarga dan sahabat handai.

Namun dalam keseronokan meraikan hari lebaran, perihal adab ketika berkunjung ke rumah orang tidak kira sanak saudara, sahabat handai mahupun jiran tetangga tidak boleh dipandang enteng.

Adab ini perlu dijaga ketika bertandang raya nanti antaranya jangan tanya 'bila nak kahwin'
Soalan sensitif ‘bila nak kahwin?’ ‘bila nak ada anak?’

Ini kerana sikap ambil mudah terhadap kepentingan perihal adab ketika berziarah boleh mengundang risiko merosakkan hubungan silaturahim yang terjalin.

Pakar pembangunan keluarga dan kasih sayang, Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose mengingatkan ibu bapa agar menjaga adab bertandang terutama mereka yang mempunyai anak-anak yang sedang melasak, dipetik Bernama.

Ibu bapa mesti pesan pada anak-anak agar berkelakuan baik di rumah orang

Ini adab yang perlu dijaga antaranya;

1.Senaraikan perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa berada di rumah orang khasnya kepada anak-anak dan sentiasa ingatkan mereka.

2. Sebelum bertandang, ibu bapa buat satu perjanjian dengan anak-anak tapi jangan ugut mereka. Ibu bapa perlu terangkan jangan kotorkan rumah tetamu, mesti berkelakuan baik, kalau mahu bermain dengan mainan anak tuan rumah kena minta izin dulu dan sebagainya.

3. Ibu bapa mesti bersama perhatikan anak mereka, jangan seorang sahaja. Mata kena 360 darjah perhatikan anak-anak.

4. Satu lagi, ibu bapa muda selalu terlepas pandang bab lampin pakai buang anak. Walaupun dalam tandas tuan rumah ada tong sampah, sebaiknya kita bawa plastik siap-siap.

5. Elak daripada bertanyakan soalan sensitif yang boleh mengundang rasa tidak selesa kepada tuan rumah, seperti bila nak kahwin, bila nak ada anak dan sebagainya, jangan sindir atau kecam badan juga.

Baca juga: Orang ramai dibenarkan bersalaman pada Aidilfitri, ini protokol baru berkuatkuasa 1 Mei

Baca juga: Doktor dedah maklumat pesakit HIV demi ‘content’