Alhamdulillah, pendedahan dan kritikan saya terhadap perjalanan Aksb dan KEGAGALAN PERKHIDMATAN AIR NEGERI KELANTAN oleh Aksb@Kerajaan Kelantan mendapat respon dari Aksb pada 16 Mei 2022.
Walau pun tidak semua perkara yang saya bangkitkan dijawab, sekurang-kurangnya Aksb tidak mengambil pendekatan kuno iaitu kritikan atas tugas awam tinggal tak berjawab.
Dalam respon balas ini, saya akan menumpukan perhatian terhadap SATU SAJA isu iaitu KEGAGAGALAN TELAGA JEJARI TETAPI AKSB TIDAK PERNAH SERIK DAN MEMBUAT KAJIAN ATAS KEGAGALAN ITU.
Jawapan Aksb bagi isu-isu lain, adalah pengulangan dari jawapan dangkal dan separuh benar seperti mana jawapan Aksb mengenai isu Telaga Jejari yg saya akan tunjukkan.
InsyaAllah saya akan menyentuhnya pada kesempatan lain supaya perbincangan kita menjadi lebih fokus.
Untuk kali ini TELAGA JEJARI AKSB BERJAYA ATAU GAGAL?
Isu seperti Exco Air, Ahli Lembaga Air dan pengurusan Aksb semuanya layak-layak belaka, saya serahkan kepada rakyat dan orang ramai untuk menulis.
Komen ringkas saya, kalau dah layak, kenapa pula RAKYAT MENDERITA KETIADAAN AIR SEKIAN LAMA SEKALI PUN LOJI-LOJI DAH SIAP?
Sekarang, kita bahaskan mengenai TELAGA JEJARI AKSB.
- Pengesahan Auditan KEGAGALAN TELAGA JEJARI
Saya menarik perhatian YB Datuk Pengerusi Aksb, pengurusan tertinggi Aksb dan Kerajaan Negeri yg berlindung di belakang Aksb – terhadap Laporan Odit bertajuk ‘RINGKASAN EKSEKUTIF LAPORAN KERJA-KERJA PENGAUDITAN KE ATAS PEMBINAAN, PELAKSANAAN DAN PENYELENGGARAAN TELAGA JEJARI DAN TELAGA TIUB – APRIL 2014 – JUN 2014’ yang dilaksanakan oleh firma Audit yang dilantik oleh Aksb sendiri 8 tahun yg lalu.
a. Antara kandungan laporan yang berkait dengan KEGAGALAN TELAGA JEJARI AKSB pada masa itu lagi ialah :
i. TELAGA JEJARI PAHI GAGAL MENCAPAI 21 juta liter sehari seperti tujuan asal kecuali pada musim hujan sahaja (muka surat 35 Laporan)
ii. TELAGA JEJARI WAKAF BHARU GAGAL MENGELUARKAN air seperti design dan tujuan asal sebanyak 25 juta liter sehari. Pencapaian puratanya hanya antara 60% hingga 72% sahaja atau antara 15 juta liter sehari hingga 18 juta liter sehari. (muka surat 39 Laporan)
iii. TELAGA JEJARI WAKAF BUNUT di Pasir Puteh mengeluarkan air mentah sebanyak 5.78 juta liter sehari hingga 12.30 juta liter sehari sahaja berbanding design dan tujuannya adalah untuk mengeluarkan 16.75 juta liter sehari (muka surat 44 Laporan)
iv. TELAGA JEJARI LRA CHICHA hanya mengeluarkan 3 juta liter sehari hingga 4 juta liter sehari sahaja berbanding design dan tujuan asal 30 juta liter sehari (muka surat 48 Laporan). Ini bermakna kapasitinya kurang dari 15% dari design asal.
v. LRA PINTU GENG, tidak mendapat jumlah pengeluaran air seperti sepatutnya.
Kapasiti ikut reka bentuk asal ialah 25 juta liter air sehari. Kapasiti sebenar terkini ialah HANYA 13 JUTA LITER AIR SEHARI.
KEKURANGAN 12 JUTA LITER SEHARI!
(Sila lihat catatan Aksb sendiri seperti laman web Aksb mengenai kapasiti pengeluaran)
Kos menelan RM50 juta.
b. Demikian pusingan pertama jawapan balas saya.
LIMA TELAGA JEJARI AKSB SEPERTI SENARAI DI ATAS – LRA Pahi, LRA Wakaf Bharu, LRA Wakaf Bunut, LRA Kg Chicha dan LRA Pintu Geng – GAGAL!
Bila GAGAL, rakyat yang menderita.
c. Boleh Aksb dedahkan Laporan Audit ini pada awam?
d. Jika dakwaan saya dikatakan tidak benar, bagaimana pula dengan Laporan Audit Aksb sendiri?
- TELAGA JEJARI : MEMERIKSA PENJELASAN AKSB
Sekarang, mari kita periksa pula penjelasan Aksb tiga hari lepas mengenai KONONNYA KEJAYAAN TELAGA JEJARI AKSB satu persatu.
a. TELAGA JEJARI MERBAU CONDONG.
Aksb menulis :
“Telaga jejari untuk Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong berjaya beroperasi pada kadar rekabentuk (17 juta liter sehari- JLH)”
Komen saya :
i. Aksb telah TIDAK BERCAKAP BENAR mengenai jumlah sebenar TELAGA JEJARI yang dibina di LRA Merbau Condong.
ii. Aksb juga TIDAK MEMBERIKAN kapasiti mengikut reka bentuk asal setiap Telaga Jejari Merbau Condong. Yang diberikan HANYA JUMLAH PENGELUARAN BAGI SATU SAHAJA TELAGA JEJARI – 17 JUTA LITER AIR SEHARI.
iii. Fakta sebenar Loji Aksb Merbau Condong adalah seperti berikut :
- Aksb sepatutnya membina TUJUH BUAH TELAGA JEJARI.
- Kontraktor Aksb yang dilantik HANYA BERJAYA MENYIAPKAN LIMA BUAH TELAGA JEJARI MERBAU CONDONG DARI TUJUH BUAH YANG SEPATUTNYA DIBINA
- DUA BUAH LAGI BELUM TERBINA WALAUPUN KONTRAK SUDAH DITAMATKAN
- Dari LIMA BUAH YANG TELAH DIBINA, SATU TELAH MENDAP@RUNTUH DAN LANGSUNG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN!
- HANYA EMPAT BUAH TELAGA JEJARI MERBAU CONDONG YANG BEROPERASI DARI SEPATUTNYA TUJUH BUAH
iv. Setiap satu telaga jejari Merbau Condong ini direka bentuk untuk MENGELUARKAN 20 JUTA LITER AIR SEHARI.
v. Mengikut penjelasan Aksb seperti petikan di atas, HANYA 17 juta liter air sehari saja dapat dikeluarkan bagi setiap telaga jejari Merbau Condong.
v. Ini bermakna sebanyak 3 juta liter air sehari bagi setiap EMPAT TELAGA JEJARI Merbau Condong GAGAL DIPENUHI seperti reka bentuk asal.
vi. Untuk TUJUH TELAGA JEJARI Merbau Condong tersebut, kapasiti penuh seperti reka bentuk asal dengan kos projek RM140 juta ialah SEBANYAK 125 JUTA LITER AIR SEHARI! Pengeluaran kini HANYA 68 JUTA LITER SEHARI.
vii. Dengan HANYA EMPAT BUAH TELAGA JEJARI beroperasi dengan kadar 17 juta liter sehari (seperti ditulis sendiri oleh Aksb), bermakna BERLAKU KEKURANGAN DARI KAPASITI ASAL SEBANYAK 57 JUTA LITER AIR SEHARI!
Itukah maksud kejayaan bagi Aksb?
b. TELAGA JEJARI LRA WAKAF BHARU
Aksb menulis : “Telaga jejari LRA Wakaf Bharu beroperasi pada kadar 24 JLH. Bagi meningkatkan pengeluaran LRA Wakaf Bharu, air mentah tambahan diperolehi dari telaga tiub dan bukannya air sungai sebagaimana yang didakwakan”.
Komen saya :
i. Rujuk semula Laporan Auditan yang saya perturunkan di atas. (Jangan sembunyikan laporan audit dari Rakyat Kelantan dan orang ramai).
Laporan tersebut pada muka surat 39 menyebut kapasiti Telaga Jejari Wakaf Bharu direka bentuk untuk keluarkan air 25 JUTA LITER AIR SEHARI! Bukan 20 jlh.
ii. Laporan audit yang sama menyebut, kemampuan Loji Jejari Wakaf Bharu ini untuk keluarkan air HANYA 18 JUTA LITER AIR SEHARI.
DULU 18 juta liter sehari, sekarang pun sama – 18 juta liter sehari.
iii. Macam mana Aksb boleh keluarkan air sampai 24 juta liter sehari bagi Loji Wakaf Bharu?
Aksb sendiri menyebut dalam kenyataan media mereka : ‘air mentah tambahan diperolehi dari telaga tiub’.
Adui!
iv. Maknanya, 6 juta liter air sehari untuk menggenapkan jadi 24 juta liter air sehari bagi LRA Wakaf Bharu ini – DIPEROLEHI DARI TELAGA TIUB, BUKANNYA TELAGA JEJARI!
Telaga tiub kena tolong telaga jejari yang berkemampuan setakat 18 juta liter sehari tadi!
Jadi macam mana boleh kata TELAGA JEJARI TAK GAGAL? Telaga jejari akhirnya kena ditolong oleh Telaga Tiub.
c. TELAGA JEJARI LRA KG CHAP
Aksb menulis : ‘Telaga jejari untuk LRA Kg Chap beroperasi pada kadar 11 JLH’
Komen saya :
i. Berapa kapasiti asal reka bentuk? Sekali lagi tak dinyatakan. Macam mana nak buat perbandingan berjaya atau gagal?
ii. Bukankah kapasiti asal reka bentuk Telaga Jejari Kg Chap ialah 20 juta liter sehari?
iii. Dengan pengeluaran 11 juta liter sehari sahaja, bermakna untuk TELAGA JEJARI KG CHAP TERDAPAT KEKURANGAN SEBANYAK 9 JUTA LITER SEHARI.
iv. Adakah kurang sampai 9 juta liter sehari BUKAN GAGAL?
d. TELAGA JEJARI KG TELOK
Aksb menulis : ‘Terdapat dua telaga jejari untuk LRA Kg. Telok dan berjaya beroperasi pada kadar rekabentuk 32 JLH. Kapasiti rekabentuk LRA Kg. Telok adalah 30 JLH tetapi pada masa ini hanya berupaya menghasilkan air terawat sebanyak 10 JLH sahaja yang menepati piawai Kementerian Kesihatan Malaysia. Dakwaan telaga jejari untuk LRA Kg Telok tidak ada air adalah TIDAK BENAR. LRA Kg Telok dibina menggunakan sistem rawatan air ozon’.
Komen saya :
i. Saya menganggap jawapan ini merupakan satu bentuk ‘kelentong’.
ii. Bukankah MB sendiri dah katakan, satu perunding baru akan dilantik bagi mengatasi KEGAGALAN MENGELUARKAN SEBANYAK 32 JUTA LITER AIR SEHARI MENJADI PENGELUARAN HANYA 10 JUTA LITER AIR SEHARI SAHAJA?
iii. Bukankah pembinaan sesebuah loji itu berakhir dengan jumlah pengeluaran air seperti harga yang dibayar untuk seluruh fasilitinya dengan mutu yang diluluskan sehingga sampai kepada pengguna?
iv. Mana saja bahagian dari pembinaan itu baik telaga mahu pun sistem rawatan yang GAGAL, ia tetap lah SEBUAH KEGAGALAN.
Kerana wang habis, air tak ada. Iaitu tak ada air yang boleh dibekalkan kepada pengguna. Bukan adanya banyak air dalam bumi atau dalam sungai belakang Tesco.
- MANA LAGI LAPORAN AKSB MENGENAI TELAGA-TELAGA JEJARI YG LAIN?
Dari kenyataan media Aksb bertarikh 16 Mei 2022 ini, HANYA TELAGA JEJARI DI EMPAT LOJI RAWATAN AIR yg disebutkan. Iaitu : LRA Merbau Condong, Lra Wakaf Bharu, Lra Kg Chap dan Lra Kg Telok.
- Adakah TELAGA JEJARI Aksb hanya di empat Lra ini saja?
Kenapa tak sebut telaga jejari di LRA yang lain?
- Apa khabar TELAGA JEJARI LRA Pintu Geng, Tualang 1 dan Tualang 2, Pahi dan lainnya?
- KEGAGALAN TERBESAR TELAGA JEJARI AKSB DI LRA SEMUBA, PASIR MAS
i. Terlebih-lebih, apa khabar Telaga Jejari LRA SEMUBA, PASIR MAS?
ii. Seingat saya, kapasiti IKUT REKA BENTUK ASAL IALAH 25 JUTA LITER AIR SEHARI UNTUK TIAP SATU TELAGA JEJARI di sini kan?
iii. DUA TELAGA JEJARI DIBINA DI SINI. MAKNANYA, PENGELUARAN SEPATUTNYA ADALAH 50 JUTA LITER AIR SEHARI.
iv. Jangan pula anggap tak ada orang tahu kedua-dua.
TELAGA JEJARI SEMUBA ini HANYA MAMPU KELUARKAN 9 hingga 12 JUTA LITER AIR SAJA SEHARI.
KEKURANGAN SEBANYAK 8 HINGGA 9 JUTA LITER AIR SEHARI!
v. Satu dari telaga jejari ini hanya mampu keluarkan KURANG DARI 3 JUTA LITER SEHARI!
Memang kes berat.
vi. KEKURANGAN SEKALI LAGI DARI REKA BENTUK ASAL DAN BELANJA YG DAH DIHABISKAN.
vii. Inilah yg dikatakan – TELAGA SIAP, AIR TAK ADA. (Bukan air tak ada dalam telaga, tapi air tak ada dalam paip rumah rakyat!)
- Di Mana Peranan SPAN Sebagai Regulator?
SPAN tak nak siasat ke?
Span tak merasa bersalah tak ikut tanggung jawab dan bidang tugasnya memeriksa perjalanan Aksb? Seperti kehendak Akta penubuhan Span.
Paling kurang, siasat lah berdasar apa saya tulis di sini dan apa yg sebenarnya berlaku.
- Sila Jemput Wartawan Memeriksa Semua Telaga Jejari Aksb
Aksb tak nak jemput wartawan-wartawan memeriksa meter mengukur pengeluaran air di SEMUA TELAGA JEJARI AKSB untuk buktikan ianya TAK GAGAL?
9.Telaga Jejari Mendap Di Kg Bandar
Jangan lupa juga untuk jemput wartawan melawat salah satu TELAGA JEJARI yg mendap ke dalam bumi di Kg Bandar, Macang.
- Dedahkan Belanja Sebenar Dan Reka Bentuk Asal Telaga Jejari
Jangan juga lupa dedahkan belanja sebenar bina semua telaga jejari ini dan dedahkan kapasiti ikut reka bentuk asal.
Kan semua telaga jejari Aksb berjaya? Apa nak takut?
- Isu dan tajuk yg lain yg dibangkitkan oleh Aksb InsyaAllah saya cuba jelaskan pada kesempatan yg lain.
Saya hanya mempunyai kapasiti yg terhad. Saya bukan sebuah agensi kerajaan dengan kaki tangan yg ramai atau institusi Hisbah atau risikan dengan tugas yg berbayar.
Saya hanya SE ORANG RAKYAT YG DAHAGAKAN KEBENARAN DAN KEJUJURAN.
Tugas berlaku benar adalah tugas Dunia dan Akhirat anda yg diberikan tanggung jawab.
- Atas rasa kasihan belas pada Rakyat Kelantan yg sekian lama menderita, saya memenatkan diri melakukan tugas yg sepatutnya dijalankan oleh agensi seperti Span, Menteri Kabinet, MB dan Exco serta Sprm dan pihak berwajib yg lain.
- Sekali lagi saya berharap Rakyat Kelantan bersifat kritikal terhadap apa yg berlaku dan menilai prestasi agensi-agensi berkait dengan kesejahteraan mereka berdasarkan pemeriksaan fakta.
Nilai sesuatu secara objektif di luar batas keanggotaan kita kepada mana-mana parti politik.
- Tujuan akhir dari usaha Save Kelantan hanyalah untuk membolehkan Rakyat Kelantan mendapat hak mereka seperti keperluan asasi bekalan air bersih yg tidak terganggu.
Kami yakin, sentiasa ada manusia-manusia jujur yg sedia bersama.
Husam Musa
17 Syawwal 1443H
18 Mei 2022
#SAVEKELANTAN