Isu parkir di hadapan rumah jiran ini sudah banyak kali diperkatakan. Kita yang biasa hidup berjiran memang boleh bertolak ansur dengan hal tersebut. Tetapi jika dapat jiran yang tidak bertimbang rasa dan berlebih-lebihan, itu boleh mengundang rasa tidak selesa pada orang lain.
Terbaru, tular di media sosial tentang tindakan pemilik kereta Perodua Myvi yang dilihat selamba parkir kereta di dalam rumah orang lain sehingga menyusahkan tuan rumah.
Menerusi tangkap layar WhatsApp yang tersebar, pemilik rumah berkenaan terpaksa mencari tuan kereta tersebut dan bertanya dalam WhatsApp Group kejiranan.
“Salam. Kereta siapa ini parking rumah saya sebab saya nak parking tak boleh,” tulis tuan rumah tersebut.
Perkongsian tersebut selain mengundang rasa geli hati, netizen turut mengkritik tindakan tidak bertimbang rasa pemilik kenderaan berkenaan yang dianggap sebagai melampau.
Malah, netizen turut menganggap tindakan itu seolah-olah menceroboh rumah orang lain sehingga menyusahkan tuan rumah.
Ada juga yang memaklumkan situasi seperti itu sebenarnya sering berlaku terutama jika tuan rumah jarang ada di rumah.
Baca juga: Kisah sedih seorang murid ponteng sekolah kerana tidak mampu bawa hadiah untuk guru
Baca juga: Pelajar langgar dua pemotong rumput hingga maut, mengaku tidak bersalah