Cuaca panas ayam hilang selera makan, benarkah alasan ini atau sekadar temberang para persatuan penternak ayam untuk mendesak kerajaan memenuhi tuntutan mereka iaitu menaikkan harga ayam.
Hanya dua hari syarikat ayam gergasi menutup reban ayam mereka dengan alasan ayam tidak dapat saiz yang diinginkan, apatah lagi menteri pun percaya dengan tempoh dua hari ayam boleh menjadi saiz 1.1kg kepada 1.8 kg seekor.
“Takkanlah cuti dua hari, ayam boleh naik berat 700 gram. Belum pernah saya dengar lagi.
“Pada saya, yang “bercuti” dua hari ni bukan sebab ayam kecik sangat, bukan sebab cuaca panas sangat, bukan sebab ayam tak ada selera makan sangat. Ini semua auta sahaja,” kata Mohd Firdaus Mat Saad.
Firdaus sudah berada dalam industri ayam daging sudah 17 tahun dan merupakan penternak ayam daging sistem reban tertutup di Parit Buntar, Perak.
Yang melucukan kata Firdaus Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, boleh percaya dengan alasan daripada persatuan penternak ini kononya ayam tidak cukup saiz sebab itu reban ditutup dua hari.
“Kalau orang biasa cakap, ku tahan lagi. Tapi bila menteri pi cakap macam ni. Ku tak leh bayangkan dah. Sekarang ini banyak reban ayam ada aircond. Suhu dalam reban dah boleh control. Cuaca panas boleh disejukkan di dalamm” kata beliau melalui Facebooknya.
Yang sebenarnya, beliau tidak menolak persatuan penternak sudah berpakat untuk tutup dua hari bagi menunjukkan kepada kerajaan ini yang akan terjadi jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
“Iaitu eegerakan pembayaran subsidi. Semua penternak dan integrator rasa sudah kena ‘scam’ dengan kerajaan di mana tuntutan dari bulan Februari dulu sampai sekarang tak bayar sesen pun lagi.
“Mahu kerajaan ‘floatkan’ harga ayam ‘base on demand and supply concept’. Bukan limitkan harga seperti sekarang yang mana penternak dan integrator tertekan dengan kenaikan kos dedak tapi kos jualan masih sama.
“Itu saja. Kalau dua benda ni dipenuhi awal sebelum ni. Percayalah. Tak ada isu ayam tak berselera makan,” kata beliau.
Berada di dalam industri ayam ini beliau tidak pernah lagi mendengar reban cuti dua hari satu Malaysia sebab cuaca panas ayam tidak ada selera makan sedangkan tahun-tahun sebelum ni, cuaca panas pun ayam habis dijual dan tidak pernah cuti pun.
“Pada saya, ia lebih kepada tuntutan persatuan penternak ayam seluruh Malaysia terhadap kerajaan yang nampak tak alert dengan situasi semasa.
“Seriously, kerajaan sekarang “FAILED” menangani isu ayam. Dari dulu lagi, saya ada katakan. Kerajaan ‘at a loser side’.
“Macam mana mereka boleh ‘interfere industry’ ni, sekat harga ayam, tapi tak boleh kawal harga dedak ayam. Sangat tidak logik.
“Saya pulak malas nak layan sangat orang yang dok bertempik kata. Industry ayam ini untung berjuta, takkan bela ayam rugi. Kalau rugi, kenapa masih dok bela.”
“Berhenti makan ayam. Tak mati aih tak makan ayam…kita makan ikan pulak lepas ni…”
“Dah ayam naik harga, kita makan daging pulak…”
“Itu ayat mereka. Saya malas nak ‘argue’ dengan orang yang bukan dalam industri ini,” ujarnya lagi.
Justeru beliau percaya selepas bulan Jun ini kerajaan pasti akan mengumumkan kenaikan harga ayam.
“Nothing much they can do. Pak Long ada cakap, nak suruh NAFAS ternak ayam pada skala besar.
“Awal awal lagi NAFAS dah cerdik, mereka minta RM300 juta untuk menjayakan hasrat ini. Dan RM300 juta ni, tak tahu lah macam mana punya ketirisan nanti. Satu saja saya nak pesan. Suruh NAFAS apply KM yer. Nanti kita tengok macam mana,” katanya.
Baca juga: Semak semula subsidi kepada penternak agar selari dengan kenaikan kos dedak terlalu tinggi