Pakatan Harapan (PH) serta pembangkang digesa terus memberi fokus kepada usaha menghadapi PRU15 dan pedulikan soal Umno dan sekutunya kononya mereka sedang bercakaran, demikian menurut Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
Beliau berkata, Umno, Pas dan Bersatu kononya bercakaran antara satu dengan yang lain bagaimanapun mereka sebenarnya berada dalam kerajaan dan sudah tentu saling bantu membantu.
“Jangan pedulikan percakaran diantara Umno, Pas dan Bersatu. Mereka semua berada dalam kerajaan. Sifat mereka saling membantu di antara satu sama lain untuk mengekalkan kerajaan tebuk atap.

“Oleh itu saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli AMANAH, rakan rakan pendokong Pakatan Harapan dan pembangkang terus berusaha untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang untuk mengembalikan maruah negara,” katanya.
Mohamad Sabu juga bimbang negara ini akan tergadai kepada golongan kleptokrat dan sekutu mereka yang tidak menghormati demokrasi berparlimen dalam mengambil alih kuasa.
“Pedulikan soal Umno dan sekutunya yang kononnya sedang bercakaran, tetapi sebenarnya mereka sentiasa membantu di antara satu sama lain,”tambahnya lagi.
Mohamad Sabu berkata demikian berikutan kenyatan Datuk Seri Najib Tun Razak kononya Perikatan Nasional (PN) perlu dihukum dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana “dosa besarnya” kepada negara apabila menggunakan alasan Covid-19 bagi menyelamatkan kerajaan pimpinan Mahiaddin Yassin yang tiada majoriti ketika itu.
Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa ada menteri ketika itu mengaku alasan Covid-19 digunakan kerajaan PN bagi mengelak undi tidak percaya di parlimen.
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menyifatkan ahli politik yang menggesa PRU diadakan di saat negara berdepan inflasi bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan rakyat.
Baca juga: Johnny Depp luah 6 tahun dia dibenci keluarga, peminat kerana fitnah bekas isteri
Baca juga: Tentera Israel tembak mati wanita Palestine