Semasa wartawan Harian Metro, Utusan dan RTM datang temuramah di gerai dua hari lepas, salah seorang wartawan bertanya tentang untung dalam sebungkus nasi lemak biasa RM1.
Beliau bertanya ada untung dalam 50 sen? Saya geleng, 30 sen? Saya geleng. 20 sen? Saya cuma senyum.
Sejujurnya, kalau nak ikut betul-betul kiraan untung rugi ni, tak langsung sebenarnya harga tu 😅
Kacang bilis, timun, telur, bahan nak buat sambal, cili kering, gula, garam, beras santan. Belum termasuk api, air, gas, minyak semua.
Tapi dalam tak ada untung tu sebenarnya, ada pelajar yang dapat kenyangkan perut untuk sehari atau setengah hari.
Ada mak, ayah yang boleh sedikit lega apabila tahu anak dia ada tempat untuk dituju jika lapar.
Ada duit yang boleh dijimatkan walaupun seringgit untuk assignment dan perkara lain. Ada pahala yang boleh saya dan kita semua kutip bekal ke sana.
Jadi, berniaga buat apa kalau rugi? Eh, saya tetap ada untung. Saya berniaga bukan buat amal jariah sepenuhnya. Keuntungan saya dari jualan lauk-pauk. Yang majoriti staf beli.
Itulah keuntungan saya kutip untuk cover. Secara tidak langsung staf dan pelajar yang mampulah tolong saya jana keuntungan dan menyebabkan jualan nasi lemak biasa RM1 terus-menerus.
Sejak kejadian tular nasi lemak biasa setiap hari telah ditaja penginfak para jutawan akhirat belaka. Saya hanya jual lauk sahaja.
Tapi, Alhamdulillah daripada jualan lauk itu keuntungan saya hampir sama dengan jumlah keseluruhan jualan saya sebelum tular termasuk nasi lemak biasa.
Jadi, sebenarnya walaupun jual murah, tetap ada untung. Bahkan, tempat berniaga sekarang hampir semua peniaga dapat manfaat sejak tular. Bukan semua orang makan nasi lemak pun. Jualan peniaga lain Alhamdulillah cemerlang. Bahkan jauh lebih cemerlang dari saya.
Dengan kehadiran pengunjung hampir tiga kali ganda. Pelajar dapat manfaat, peniaga bersama sama kongsi rezeki.
Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih atas doa yang baik baik untuk saya. Hanya Allah mampu membalas segala kebaikan kalian di sana. Moga yang terbaik kembali untuk kalian.
Kemaskini infak: Kelmarin, berjaya selesaikan 100 pek nasi lemak ayam berempah daripada penginfak dan dua tong nasi lemak biasa daripada penginfak lainnya.