Gara-gara tular buku bank pengemis disoal siasat polis

Oleh NASUHA RAHMAN

Gara-gara tular dua buku bank yang mempunyai wang tunai Rp 490 juta seorang pengemis dipanggil dan disoal siasat pihak polis.

Seorang pengemis di Kota Gorontalo Sulawesi Utara, Lutfi Haryono , 47, telah dipanggil polis untuk disoal siasat.

Pengemis itu dipanggil selepas buku banknya tular di media sosial yang menunjukkan dia mempunyai wang tunai Rp 490 juta. Wang dimasukkan ke dalam dua akaun bank.

Polis Kota Timur Romi Paera berkata, berdasarkan semakan, Lutfi memang mempunyai Rp 490 juta dalam dua akaun bank.

Gara-gara tular buku bank pengemis disoal siasat polis
13 tahun Lutfi mengemis untuk bina rumah dan serta keperluan peribadinya

Apa yang mengejutkan Lutfi berkata, wang yang diberikan penduduk digunakan untuk keperluan peribadi, salah satunya membina rumah.

Menurut polis, Lutfi telah menyalahi undang-undang kerana tidak termasuk mana-mana agensi yayasan kerajaan atau sosial.

Lutfi juga sering memaksa penduduk memberi wang sepanjang 13 tahun menjadi pengemis sejak dia berpisah dengan isterinya.

Daripada hasil pertemuan dengan pihak polis Lutfi berjanji tidak akan mengemis lagi.

Terdahulu, Lutfi Haryono yang tinggal di Desa Ipilo, Kecamatan Kota Timur, Kota Gorontalo, Sulawesi Utara menjadi bualan umum.

Dalam buku simpanannya yang tular dia sempat mengeluarkan Rp 120 juta pada 10 Mei 2022 dan Rp 150 juta pada 2 Jun 2022.

Namun beliau menjelaskan sebahagian daripada wang yang disimpan di bank yang diperolehnya daripada hasil ketika masih bekerja di restoran dan kedai berpuluh tahun lalu.

Selepas kisah itu tular di media sosial, Lutfi berjanji tidak akan mengemis sebaliknya akan membuka kedai dan berniaga.