Kerajaan perlu lakukan moratorium pelaksanaan hukuman mati mandatori

Oleh NASUHA RAHMAN

Kerajaan diseru supaya melakukan moratorium (menangguhkan) pelaksanaan hukuman mati mandatori ke atas semua banduan sedang menunggu untuk digantung sampai mati yang berada di penjara sekarang.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak-Hak Asasi di Bawah Perlembagaan, Hassan Abdul Karim, keputusan kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori adalah satu langkah progresif dan bersesuaian dengan prinsip asas hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai Ahli Parlimen, Rang Undang-Undang untuk memansuhkan hukuman mati mandatori ini akan disokong apabila ianya dibentangkan di Parlimen nanti.

Kerajaan perlu laksanakan moratorium perlaksanaan hukuman mati mandatori
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim

” Adalah diharapkan penguatkuasaan pemansuhan hukuman mati mandatori dilakukan secara retrospektif iaitu meliputi kes-kes hukuman mati yang telah diputuskan sebelum ini.

” Lembaga Pengampunan oleh Raja-Raja dan Sultan pemerintah disetiap negeri serta Yang di-Pertuan Agong adalah dipohon supaya segera bersidang dengan kerap agar Pengampunan Diraja dapat diberikan kepada banduan-banduan yang menanti hukuman tersebut demi menyelamatkan nyawa mereka, ” ujar beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang.