Bayi meleleh air liur bukan penyebab rambut gugur, doktor ini nasihat jangan tambah stres kepada ibu

Oleh ARIF ATAN

Ada yang percaya lagi banyak bayi meleleh air liur lagi banyak rambut si ibu gugur. Tidak kurang juga yang menganggap ibu mungkin tidak dapat apa yang diidamkan apabila melihat bayi meleleh air liurnya.

Benarkah begitu? Ikuti penjelasan Pakar Obstetrik & Ginekologi, DR IMELDA BALCHIN mengenai hal ini:

Semua bayi pun main air liur. Ini normal. Mana ada bayi yang tak keluar air liur dan tak meleleh air liur, terutama sekali bila gigi nak tumbuh.

Semua ibu pun selepas bersalin akan ada rambut gugur. Ini pun normal. Mana ada ibu yang selepas bersalin tak dak rambut gugoq.

Mai nak habaq.

Semua rambut ada kitaran, tumbuh, gugur, tumbuh semula, gugur semula, tumbuh semula.

Hormon kehamilan ni memberi stimulasi rambut tumbuh. Dan ramai ibu hamil perasan rambut tumbuh lebih lebat sedikit semasa hamil.

Selepas bersalin, tiada lagi hormon kehamilan, maka ramai ibu perasan rambut gugur. Stres selepas bersalin juga boleh menjadi penyebab rambut gugur.

Lagi satu penyebab ialah postpartum thyroiditis di mana ada ibu-ibu mendapat masalah kekurangan hormon tiroid yang sementara dan kebanyakan akan pulih dengan sendiri.

Bila ada kekurangan hormon tiroid pun rambut boleh gugur. Tetapi bila hormon tiroid pulih, rambut pun tumbuh semula.

Bayi main air liur bukan penyebab rambut gugur. Janganlah memberi lebih stres kepada ibu-ibu kita dengan cerita yang bukan-bukan.

Bayi nak main air liur, biaq pi laa kat dia, tak dak masalah pun ayaq lioq dia meleleh. Pasai tu laa di seluruh dunia, kat dalam hadiah untuk bayi yang baru lahir… ada bib.

Tak payah bimbang, rambut tu akan tumbuh balik. Releks naa mummies. You will be just fine. All mummies are beautiful 💕

Baca juga Gaya hidup sihat boleh diwarisi, doktor dedah rahsia tidak kena diabetes

Baca juga Wanita hamil cedera diserang anjing ketika cuba melindungi anaknya