Tambang percuma: Kenapa kerajaan bayar RM130 lebih mahal sedangkan kad MyRapid RM50 sebulan?

Oleh NASUHA RAHMAN

Untuk melaksanakan tambang percuma kerajaan dilaporkan telah membelanjakan wang pembayar cukai sebanyak RM155 juta tetapi setelah diteliti kerajaan telah membayar sebanyak RM130 lebih mahal dari kad MyRapid yang diberikan iaitu RM50 sebulan.

Menurut aktivis masyarakat Jamzuri Ardani pengguna pengangkutan awam yang kebiasaanya adalah sekitar 1.2 juta orang, maknanya kerajaan telah membayar sekitar RM130 seorang.

“Kenapa kerajaan perlu bayar RM130 seorang sedangkan pemilik Kad MyRapid hanya perlu membayar RM50 untuk tambang tanpa had menggunakan MRT, LRT, monorel, dan bas selama 30 hari?

“Kenapa kerajaan membelanjakan 160% lebih mahal dari bayaran Kad MyRapid?” soalnya.

Tambang percuma: Kenapa kerajaan bayar RM130 lebih mahal sedangkan kad MyRapid RM50 sebulan?
Ismail Sabri mengumumkan tambang percuma selama sebulan

“Adakah ini juga satu cara menyeleweng wang pembayar cukai atas nama ‘prihatin rakyat’?soalnya lagi.

My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di bawah Pelan Pemulihan Nasional yang mengurangkan tambang biasa RM200 kepada RM50 sebulan.

Baru-baru ini, ketika merasmikan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak RM155 juta sepanjang tempoh pemberian tambang percuma selama sebulan.

Katanya, tambang percuma itu juga diharap mampu mengurangkan kesesakan luar biasa yang dihadapi pengguna jalan raya di ibu kota ketika ini.

Baca juga: Bangga tunjuk keputusan SPM semua G dan TH, orang ramai bimbang trend ‘sakit’ ini

Baca juga: Buat ‘content’ panas hanya sebab nak jual produk